Buat pesanan main-main di kiosk McD hingga cecah RM17152, ini yang terjadi

Buat pesanan main-main di kiosk McD hingga cecah RM17152, ini yang terjadi. Dua beradik buat pesanan “main-main” di kios McD hingga jumlah pesanan cecah RM17,152. Adalah menjadi satu keseronokan bagi anak-anak tatkala dibawa keluar oleh ibu bapa.

Lebih seronok dapat masuk ke restoran makanan segera seperti McDonald’s, KFC, Pizza Hut dan lain-lain lagi. Seperti sedia maklum, kebanyakan restoran makanan segera sudah menyediakan kiosk layan diri di mana tiada lagi pesanan dibuat secara terus di kaunter.

kemudahan disediakan bagi memudahkan orang ramai membuat pesanan dan pilihan makanan. Dan selepas membuat bayaran sama ada di kaunter atau kad bank, pelanggan hanya perlu menunggu makanan tersedia berdasarkan angka giliran yang dikeluarkan.

Buat pesanan main-main di kiosk McD hingga cecah RM17152, ini yang terjadi

Segala teknologi disedia untuk memudahkan orang ramai dan membiarkan anak-anak bermain di mesin layan diri ini adalah satu perbuatan yang dirasakan kurang wajar. Ibu bapa harus membuat pemantauan kerana mesin layan diri bukan tempat permainan.

@rmdhn_._kaya betul kau dik 😭💀🗿

♬ original sound – Azmawie Yasin

Di aplikasi Tik Tok @rmdhn_ berkongsi gelagat dua kanak-kanak yang dilihat asyik membuat pesanan “main-main” di mesin layan diri McDonald’s hingga jumlah order mencapai RM17,152. Bahkan keduanya dilihat begitu seronok menekan-nekan pesanan sesuka hati, seolah-olah kiosk tersebut adalah permainan video.

Jelas perbuatan yang dirasakan seronok bagi kanak-kanak sebenarnya dilihat satu perbuatan kurang sesuai dan ibu bapa harus membuat pemantauan jika melihat suasana begini.

BACA:

Isteri Luqman Hafidz buka cerita sebenar penceraian, netizen pula beri bukti

Baju menjolok mata, Kak KM tetap pertahan baju anak-anak