Brader Sikh ini tampil jelas pendirian filem Mat Kilau, ramai respek

Brader Sikh ini tampil jelas pendirian filem Mat Kilau, ramai respek. Ramai kawan2 dari Sikhs dan Melayu saya yang bertanya kepada saya sejak mulai semalam tentang pandangan saya berkenaan kenyataan United Sikhs Malaysia ini yang ada kaitan dengan filem Mat Kilau.

Secara jujur, saya bersetuju dengan bahagian kita memerlukan keharmonian kaum dan semestinya berusaha keras untuk mengelakkan perbalahan dan perkauman.

Namun dari sudut pdg realiti pula, saya berpandangan tegas bahawa kaum Sikhs tidak boleh sama sekali menafikan sejarah yang berlaku di Tanah Melayu.

Bacalah sejarah di salah satu sumber di pautan di bawah yang diterbitkan oleh web OrangPerak, bagaimana bermulanya kaum Sikhs yang berkhidmat bersama British:

https://www.google.com/amp/s/www.orangperak.com/sejarah-penghijrahan-orang-sikh-melalui-negeri-perak.html%3famp

Brader Sikh ini tampil jelas pendirian filem Mat Kilau, ramai respek

Bahkan artikel ini diterbitkan pada Feb 2019 lagi iaitu sebelum terbitnya filem Mat Kilau.

Kaum Sikhs bukan sekadar menjadi tentera British di Malaysia tetapi merangkumi termasuklah di negara yang lain seperti Fiji, Hong Kong, New Zealand, Australia dan Kanada.

Saya sudah menonton Mat Kilau, dan saya akur dengan watak lakonan di dalam Mat Kilau yang menunjukkan peranan yang dimainkan oleh Kaum Sikhs, dan itulah kebenarannya walaupun 1001 pahit yang mesti ditelan.

Saya kagum dengan filem2 sebegini dan lebih2 lagi terhadap orang Melayu.

Orang Melayu ramai yang menonton, dan sehingga hari ini saya belum jumpa mana2 orang Melayu yang meluahkan perasaan bencinya terhadap Sikhs walaupun sudah melihat Mat Kilau.

Apa yang memberi kesedaran kepada mereka adalah pengorbanan tokoh mereka memperjuangkan Tanah Air Melayu.

Begitulah sepanjang saya di pawagam, tidak ada pula orang Melayu yang meludah saya, atau mencaci maki saya tapi yang saya sedari setelah tamat dan habis menonton, orang Melayu tersenyum kepada saya dan saya membalasnya.

Begitulah orang Melayu, begitu sayang kepada rakan2 mereka biarpun pernah menjadi musuh suatu ketika dulu.

Nasihat saya kepada kaum Sikhs, pergilah menonton terlebih dahulu, bukalah mata hati anda dan jgn jumudkan fikiran yang sempit itu.

Kita sepatutnya bersyukur dan kenyataan yang sepatutnya keluar dari United Sikhs ini adalah sepatutnya kenyataan Maaf kerana pernah bersama British suatu ketika dahulu dalam menjajah Tanah Melayu dan berbuat kezaliman. Namun hari ini kamu dapat hidup bebas dan mencari rezeki di bumi berkat ini.

Janganlah terlalu banyak provokasi hari ini, kerana sehari dua ini Melayu Islam sedang menyambut hari Kebesaran mereka.

Ikhlas dari saya yang cintakan keharmonian.

Terima kasih Orang Melayu.

BACA:

Kerana anjing Natasha Hudson ‘sekolahkan’ AC Mizal

Shila Amzah akhirnya dedah jejaka idamannya

Ada lagi video viral ‘lawak’ persenda agama di Comedy Club yang sama