Bomba terima alamat tidak tepat ,4 sekeluarga rentung

Bomba terima alamat tidak tepat ,4 sekeluarga rentung

Bomba terima alamat tidak tepat ,4 sekeluarga rentung dalam kebakaran.Nota panggilan atau ‘call sheet’ dicetak tertera alamat tidak tepat yang diberikan pemanggil menyebabkan kelewatan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah tiba di rumah kejadian kebakaran di Taman Hungab, Penampang yang mengorbankan empat sekeluarga pada Selasa.

Pengarah JBPM Sabah Md Ali Ismail berkata berdasarkan rekod pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang tiba pada 3.04 pagi, setelah mendapat maklumat pada 2.52 yang mana maklumat tidak tepat itu menyebabkan pasukan itu tersasar, dan terpaksa mendapatkan maklumat sebenar untuk ke lokasi kebakaran sebenar.

“Semasa ketibaan, pasukan bomba mendapati bahawa api telah merebak di aras bawah dan atas rumah.

“Hasil siasatan menjurus kepada punca bebanan elektrik di tingkat bawah rumah dan bebanan api yang berlebihan menyebabkan api merebak dengan lebih cepat, dan jangkaan api bermula adalah pada jam 2.32 pagi,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Md Ali berkata mangsa dipercayai tidak berjaya menyelamatkan diri kerana bahagian bawah rumah telah dipenuhi api dan semua tingkap dan pintu keluar adalah berjeriji serta berkunci.

Bomba

Mangsa dikenal pasti sebagai Matthew Wong, 50; dan dua anaknya Brendan Wong, 18, serta Eric Wong, 15, ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran jeriji kecemasan pada tingkap, manakala isterinya Jecky Vun Kon Fung, 48, di dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ketika mengulas kejadian ini semalam mahu prosedur operasi standard (SOP) dalam Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 dipermudahkan, termasuk menyambung terus panggilan ke nombor atau daerah dan negeri yang terbabit khususnya di Sabah.

Mengulas mengenai panggilan itu, Md Ali berkata terdapat empat panggilan yang diterima pihak Pusat Panggilan MERS999, Melaka yang mana panggilan pertama yang diterima adalah pada jam 2.49:01 pagi dan panggilan yang kedua pada jam 2.49:02 pagi.

Beliau berkata, terdapat tiga Pusat Panggilan di seluruh Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching, yang mana salah satu pusat panggilan akan menerima mana-mana panggilan kecemasan melalui panggilan 999.

Katanya petugas Pusat Panggilan MERS 999 telah mendapatkan empat maklumat asas iaitu berkenaan nama pemanggil, nombor telefon pemanggil, jenis kecemasan dan alamat lokasi kejadian dan maklumat tersebut telah disalurkan melalui Sistem Penghantaran Terbantu Komputer (CAD) kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM, Sabah dan BBP Penampang.

“JBPM telah menerima maklumat tersebut pada jam 2.52 pagi dan telah menggerakkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kebakaran tersebut, dalam masa yang sama petugas Pusat Panggilan MERS999 masih lagi meneruskan panggilan untuk mendapatkan maklumat tambahan berdasarkan Protokol Kebakaran,” katanya.

Md Ali berkata menerusi protokol itu, maklumat tambahan ini disalurkan kepada PGO JBPM Sabah dari semasa ke semasa yang akan dapat membantu pihak JBPM merancang strategi tindak balas operasi, sebelum panggilan tersebut dipanjangkan kepada PGO JBPM Sabah.

“Terdapat dua panggilan berkenaan kebakaran tersebut telah disambung ke PGO JBPM Sabah,” katanya.

Berita  Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/160762/BERITA/Semasa/4-sekeluarga-rentung-Bomba-terima-alamat-tidak-tepat

BACA: Akibat kemiskinan, seorang bapa tergamak jual anak perempuannya

COMMENTS