Bomba akui PRU pada musim banjir perlu dielakkan

Bomba akui PRU pada musim banjir perlu dielakkan

Bomba akui PRU pada musim banjir perlu dielakkan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengakui pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada fasa Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim banjir menyebabkan beban anggota penguat kuasa semakin bertambah dalam melancarkan operasi ketika bencana itu.

Susulan itu, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, berharap PRU-15 ketika musim banjir perlu dielakkan kerana ia boleh menambah risiko yang perlu dihadapi dalam usaha menyelamat penduduk terbabit bencana berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika PRU-15 tetap dilaksanakan pada musim banjir, JBPM meminta supaya penyelarasan membabitkan agensi berkaitan terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu dilakukan bagi membantu melancarkan sebarang operasi.

Katanya, perancangan teliti khususnya dalam aspek memobilasi pengundi ke tempat pengundian perlu dibuat bagi mengelak kejadian tidak diingini dan anggota JBPM bersedia membantu urusan itu jika diminta berbuat demikian.

“JBPM mempunyai 14,829 anggota membabitkan pegawai sepenuh masa dan pegawai bomba bantuan, 403 unit kenderaan marin, 127 unit kenderaan angkut berat dan 537 unit kenderaan angkut ringan yang akan digunakan bagi berdepan operasi banjir.

Bomba akui PRU pada musim banjir perlu dielakkan

“Paling terbaik ialah jangan menambah risiko yang ada dengan mengadakan PRU-15 ketika fasa monsun ini. Fokus utama kami ialah menyelamatkan mangsa banjir ke tempat selamat dan jika pada masa sama, mereka ini perlu bergerak pula untuk mengundi, ia meningkatkan risiko keselamatan.

“Kita harus memahami juga beban tugas anggota bomba yang bertambah jika diminta memobilasi pengundi termasuk dalam aspek syif dan beban cuti,” katanya kepada BH, di sini.

Pelaksanaan PRU-15 ketika fasa monsun ‘hampir’ pasti apatah lagi pembubaran Parlimen dijangka dibuat dalam masa terdekat ini.

Nor Hisham berkata, JBPM juga akan menggerakkan Team Gerak Cepat (TGC) yang akan dilancarkan pada bulan ini untuk membantu memastikan operasi menyelamat semua mangsa banjir dapat dilakukan segera.

Katanya, keanggotaan TGC yang ada di seluruh negara akan dikerah ke lokasi banjir memerlukan dan kehadiran mereka sangat diperlukan jika PRU-15 berlaku ketika musim banjir ini.

“Memang tugas utama kita bagi memindahkan dan menyelamatkan mangsa banjir ke kawasan selamat, namun jika SPR meminta JBPM membantu memobilasi pengundi ke pusat pengundian, penambahan tugas itu perlu digalas mereka.

“Jadi, kita sudah bersiap siaga jika kerajaan meminta anggota bomba turut menggalas tanggungjawab membantu pengundi. Kita sudah nampak bayangan itu dan gerak kerja sudah disusun, hanya menanti arahan tambahan saja,” katanya.

Nor Hisham berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan penyelarasan antara agensi belum dilaksanakan, malah SPR juga belum menghubungi JBPM bagi mendapatkan data berhubung kekuatan logistik sekiranya PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat ini.

BACA:

‘Awak ni terdesak duit sangat!’, cikgu tuisyen ini diherdik ibu pelajar sekali ini yang terjadi

Lelaki ini ‘test’ tilam sampai tidur berdengkur, bila dia terjaga benda ini pula terjadi…

Penyanyi ini cerai isteri lepas 10 tahun kahwin, ramai terkejut sebabnya…