Boleh pulak pilih jenis kereta nak kena langgar….

Boleh pulak pilih jenis kereta nak kena langgar….

Tular di media sosial pasal video seorang lelaki yang cuba melintas ketika jalan sedang sesak. Ketika cuba melintas, lelaki tersebut dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta BMW. Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Maharajalela menghala ke pusat bandar semalam.

Kalau diikutkan, masa tu memang belum masa yang tepat untuk melintas sebab jarak kereta BMW itu dengan kereta depan tidak jauh bezanya.

Walaubagaimanapun, video dari dashcam sebuah kereta itu mengundang tanda tanya pelbagai pihak. Ada juga yang mengatakan lelaki tersebut sengaja melintas jalan ketika kereta-kereta di situ sedang bergerak laju.

Buat masa ini, tida laporan polis yang dibuat. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya menasihatkan supaya pemandu kereta berkenaan membuat laporan polis supaya perkara ini boleh disiasat.

Berita penuh : https://ohmedia.my/trending/video-macam-sengaja-pilih-kereta-bmw-untuk-tuntut-pampasan-lelaki-terjatuh-dilanggar-ketika-melintas-jalan/

COMMENTS