BN putuskan bertanding solo dalam PRN Melaka

BN putuskan bertanding solo dalam PRN Melaka

BN putuskan bertanding solo dalam PRN Melaka.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghormati ketetapan Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Dalam satu kenyataaan (BN) membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata,Kita tidak akan dimanipulasi dan ditunggangi semula. Kita takkan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRN Melaka,” katanya ketika melancarkan jentera BN hari ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan, keputusan itu dibuat bukan sebagai Presiden UMNO.

Ramai yang suka dengan kepimpinan Sulaiman. Saya melihat beliau mempunyai pendekatan yang hampir dengan Tun Ali Rustam, rakyat Melaka sayangkan Sulaiman, bukan orang Melayu sahaja tetapi orang Cina dan India,” katanya.

“Oleh kerana kini tinggal empat parti dalam BN, selain dari UMNO, ada tempat untuk MCA, ada tempat untuk calon MIC dan PBRS pula walaupun tak letak calon akan memastikan rakyat Sabah di Melaka mengundi BN

“Saya yakin gelombang baru akan bermula di negeri Melaka

Siapa yang jadi calon wajib kita menangkan. Bukan semestinya orang lain tidak baik, tetapi kita mesti hidangkan sesuatu yang baru kepada pengundi.

Saya yakin MCA akan melakukan perkara sama, MIC juga tidak ketinggalan,”

Baca :Lelaki terjun Jambatan Pulau Pinang dikhuatiri lemas

COMMENTS