BN patut berterima kasih kepada saya,Kerana undi saya DAP kalah

BN patut berterima kasih kepada saya,Kerana undi saya DAP kalah

BN patut berterima kasih kepada saya,Kerana undi saya DAP kalah,Perebutan lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu sudah terjawab apabila kemenangan majoriti 131 undi akhirnya milik calon tertua daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Kalsom Noordin.

Namun, di sebalik kejayaan Setiausaha Wanita UMNO negeri Melaka itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mendakwa punca sebenar kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah kerana dirinya.

“Sepatutnya UMNO dan BN kena berterima kasih kepada saya terutamanya Datuk Kalsom Noordin kerana undi saya, DAP kalah.

“Sekiranya saya tidak menjadi calon, sudah tentu undi solid akan pergi kepada parti Pakatan Harapan (PH) dan DAP,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Norhizam yang juga terkenal dengan jolokan ‘YB Viral’ itu berkata, dia tidak menyesal dengan sebarang keputusan yang dibuat susulan dakwaan dirinya yang tewas kerana lompat parti dan menarik sokongan terhadap ketua menteri sehingga tercetusnya PRN Melaka yang lepas.

BN

Datuk Norhizam Hassan Baktee

“Saya tidak menyesal dengan keputusan saya kerana saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya cuma bertanding dan UMNO patut ucap terima kasih kepada saya kerana disebabkan saya, mereka menang dan DAP kalah,” katanya yang memperoleh 1,218 undi.

Walau bagaimanapun, beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang berjaya menambat hati rakyat pada PRN Melaka yang lepas dan berharap agar mereka dapat memberi khidmat yang terbaik.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kerana berjaya kembali menerajui negeri Melaka sebagai Ketua Menteri ke-13 dan Datuk Kalsom Nordin yang menang di DUN Pengkalan Batu.

“Saya berharap mereka akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat sebaik mungkin,” katanya.

Norhizam yang juga merupakan calon Bebas dengan logo kunci pada PRN Melaka berkata, dia masih tiada perancangan dan ingin berehat sebentar daripada politik selepas penat bertarung dalam PRN yang lepas.

“Sekarang saya hanya ingin menenangkan fikiran. Selepas PRN, semestinya kita akan penat jadi saya mahu berehat dahulu,” katanya.

Selain Norhizam, kesemua bekas ADUN lompat di Melaka iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang bertanding di DUN Asahan dan Datuk Nor Azman Hassan (PH-Pantai Kundor) masing-masing gagal merebut kerusi yang ditandingi pada PRN Melaka, Sabtu lepas.

BACA: cikgu boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid ?
BACA: Nelayan Nampak kelibat ‘hantu bertudung’ dalam gambar memancing
BACA: Peniaga ikan siakap “kayangan” Langkawi bakal berdepan denda RM50,000

COMMENTS