Biawak melintas landasan, pesawat lewat berlepas untuk beri laluan

Biawak melintas landasan, pesawat lewat berlepas untuk beri laluan. Sebuah klip video yang tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang juruterbang sebuah pesawat terpaksa menangguhkan penerbangan bagi memberi laluan kepada biawak melintas, lapor laman berita Suara.com.

Video tersebut dimuat naik oleh juruterbang berkenaan dalam akaun TikTok @sendy_adi.

Dia merakam video tersebut dari dalam pesawat yang berada di landasan.

Menerusi rakaman itu, seekor biawak kelihatan merayap di landasan tersebut sehingga menghalang laluan pesawat.

Juruterbang itu berkata, dia terpaksa menangguhkan penerbangan kerana enjin pesawat itu cukup kuat untuk menyedut biawak tersebut masuk ke dalamnya.

Biawak melintas landasan, pesawat lewat berlepas untuk beri laluan

Sekiranya perkara itu berlaku, ia berisiko membahayakan prosedur penerbangan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Biawak: Kapal terbang Komodo Air mana ya,” kata seorang netizen.

“Mungkin nak ikut naik pesawat sekali,” komen netizen lain.

@sendy_id Permisi Si komo 🦎 lewat. #delay #soekarnohatta #airbus #biawak #citayem #fashionweek #slebew #bni46 #macet ♬ original sound – Sendy ID ✈️

BACA:

Semua kampus UiTM tawar menu makan serendah RM3.50

5 perangai misteri perempuan yang membingungkan lelaki

Pemberi maklumat kes diesel bersubsidi kecewa identitinya terdedah