Bersatu yakin pertahan 11 kerusi di PRN Johor

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]

Bersatu yakin pertahan 11 kerusi di PRN Johor. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yakin dapat mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang.

Bersatu, yakin, pertahan, 11, kerusi, di, PRN, Johor, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yakin, dapat, mempertahankan, 11, kerusi, Dewan, Undangan, Negeri, pada, Pilihan, Raya,Negeri, PRN, Johor, yang, akan, datang, waktu solat johor, waktu solat johor bahru, laksa johor, bendera johor, erumah johor, mudah johor, sultan johor, johor darul tazim, johor online payment
[/bg_collapse]

Bersatu yakin pertahan 11 kerusi di PRN Johor. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yakin dapat mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang.

Bersatu yakin pertahan 11 kerusi di PRN Johor. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yakin dapat mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang.  Bersatu, yakin, pertahan, 11, kerusi, di, PRN, Johor, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yakin, dapat, mempertahankan, 11, kerusi, Dewan, Undangan, Negeri, pada, Pilihan, Raya,Negeri, PRN, Johor, yang, akan, datang, waktu solat johor, waktu solat johor bahru, laksa johor, bendera johor, erumah johor, mudah johor, sultan johor, johor darul tazim, johor online payment

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata rakyat Johor dijangka memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) atas rekod pencapaian kerajaan sebelum ini yang dipimpin Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, bekas Perdana Menteri itu telah menangani dua krisis besar dihadapi negara membabitkan aspek kesihatan dan ekonomi susulan pandemik COVID-19.

“Saya yakin dengan gabungan PAS dan BERSATU atas nama PN, rakyat Johor akan membuat pertimbangan berdasarkan rekod pencapaian kami.

“Beliau (Muhyiddin) berjaya kerana kepimpinan yang kuat, berintegriti dan mampu untuk membawa negara kita keluar daripada pandemik serta memulihkan ekonomi Malaysia. Ini kenyataan yang saya telah ceritakan tadi yang tidak boleh mereka nafikan.

“Justeru, jika mahu kerajaan yang kuat, ada kredibiliti, dan ‘deliver’ serta prihatin kepada rakyat, saya berkeyakinan bahawa mereka akan memberi peluang kepada PN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina bersama Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, Boo Chin Liong, dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Malah, Mohamed Azmin berkata, komuniti perniagaan juga memerlukan kerajaan stabil bagi menarik keyakinan pelabur ke Johor.

Namun, katanya, perkara itu akan terhalang jika kepemimpinan Kerajaan Persekutuan dan negeri lemah serta tidak berwibawa.

Justeru, beliau berkata, pengundi negeri ini diminta memberi peluang kepada PN untuk membentuk kerajaan stabil dan kuat yang dapat memacu ekonomi, sekali gus membawa lebih banyak pelaburan serta mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat di Johor

“Saya pesan ini bukan mengenai politik. Ini adalah demi masa depan generasi kita.

“Masa depan Johor biarlah ditentukan oleh rakyat Johor. Rakyat Johor akan menentukan berasaskan fakta dan kejayaan yang telah dicatat oleh PN.

“Kami di sini adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, mengukuhkan ekonomi dan memberikan kestabilan kepada Johor,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), BERSATU memenangi 11 kerusi DUN, iaitu Gambir, Puteri Wangsa, Tenang, Kempas, Bukit Kepong, Bukit Permai, Larkin, Permis, Sedili, Johor Lama dan Endau.

Berita Lain:

Bagi ikan peliharaan makan daging lembu dan kambing, Aliff Syukri akui kosnya cecah RM3,000 sebulan

Lelaki ini kongsi tips kalau tak nak ‘sesak’ tengah bulan

930 juta telur ayam sebulan untuk tampung keperluan rakyat Malaysia