‘Berpeluh juga nak jawab soalan kapal LCS ni’ – Timb Menteri Pertahanan

‘Berpeluh juga nak jawab soalan kapal LCS ni’ – Timb Menteri Pertahanan. “Berpeluh juga nak jawab soalan ni,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, ketika dikemukakan soalan berhubung tindakan kerajaan membayar RM6.08 bilion kepada syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) bagi kontrak Kapal Tempur Pesisir (LCS), namun tidak ada satu pun kapal itu yang siap.

Menjelaskan perkara itu, Ikmal Hisham berkata, Kementerian Pertahanan melaksanakan pembayaran berdasarkan kontrak yang termaktub dan wang yang dibelanjakan itu bukanlah rugi begitu sahaja.

Katanya, kemajuan pembayaran tidak dirangkaikan dengan peratusan kemajuan kerja, sebaliknya adalah berdasarkan aktiviti dan kontrak supaya semua pembinaan kapal dapat dilaksanakan.

Selain itu, kontrak projek itu juga bersandarkan kepada dua mata wang iaitu Ringgit Malaysia dan Euro, justeru, pembayaran juga dibuat mengikut kadar mata wang Euro ketika itu.

“Kapal ini juga dibina secara serentak untuk membolehkan ia disiapkan selang 10 bulan antara kapal pertama dengan yang seterusnya. Justeru, kemajuan setiap kapal perlu dibayar kerana kerja sudah bermula dan peralatan perlu dibeli untuk dipasang di kapal terbabit.

‘Berpeluh juga nak jawab soalan kapal LCS ni’ - Timb Menteri Pertahanan

“Seperti yang kita tahu, inventori peralatan berkaitan kapal LCS dalam ruang penyimpanan sudah pun bernilai RM1.7 bilion. Ia sudah dibuktikan dan dilaporkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Justeru, RM6 bilion yang dibelanjakan bukan rugi begitu sahaja,” katanya ketika menjawab soalan tambahan M Karupaiya (PH-Padang Serai) berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) sama ada masalah reka bentuk terperinci (detailed design) LCS akan melewatkan kerja pembinaan LCS pertama, Ikmal Hisham menjelaskan, fokus kementerian ketika ini adalah memastikan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dapat menyelesaikan masalah itu untuk dimuktamadkan serentak dengan pembinaan kapal.

Buat masa ini katanya, sebanyak 94 peratus reka bentuk terperinci sudah disiapkan pihak kontraktor dan sehingga November 2019, pihak pengeluaran produk tulen (OEM) iaitu Naval Group (NG) sudah meluluskan 82 daripada 94 peratus reka bentuk terperinci yang disiapkan BNS.

“Perkara berkaitan reka bentuk terperinci ini juga sedang dirundingkan oleh BNS dengan pihak NG dari Perancis. Ini penting bagi memastikan apa juga yang diputuskan kelak dapat memenuhi keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pengguna akhir.

“Pihak NG juga sudah memutuskan akan menghantar pasukan teknikalnya bagi melakukan audit terhadap reka bentuk terperinci pada Oktober tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai pembinaan kapal LCS, Ikmal Hisham memaklumkan, ia dilaksanakan mengikut konsep zon, yang mana baki enam peratus yang masih belum disiapkan BNS hanya membabitkan reka bentuk terperinci tidak kritikal iaitu zon kapal atas permukaan air.

“Bagi zon kritikal, reka bentuk terperinci yang sudah siap adalah antara 98 ke 100 peratus. Zon kritikal adalah zon kapal di bawah permukaan air,” katanya.

BACA:

Zamani jangka ini air mata terakhirnya di Konsert Zamani Unplugged

Islam terancam, mereka semakin berani mencemar nama Islam

Fouziah Gous pula kena ‘scam’ dengan suami, ini respon beliau…