“Bermodal 50 sen, ramai yang boleh menjelajah ke bulan,”

“Bermodal 50 sen, ramai yang boleh menjelajah ke bulan,”

“Bermodal 50 sen, ramai yang boleh menjelajah ke bulan,”Bagi orang yang mahu berjaya dalam bidang perniagaan, seharusnya memulakan perniagaan itu sejak awal lagi.

Seperti video tular ini, seorang budak lelaki sudah pandai berniaga walaupun masih muda dengan berbekal barangan yang mudah dan senang untuk dijual.

Namun, barangan yang dijual itu bukanlah sesuatu yang sepatutnya diniagakan kerana jika salah penggunaannya, khayal pula yang dapat.

Melalui video yang kini tular di media sosial, dilaporkan kejadian berlaku di Sabah menyaksikan seorang budak lelaki membungkus ‘gam’ dalam satu plastik kecil.

Gam kasut itu biasanya digunakan bagi individu yang mahu ‘pergi ke bulan’ dan harganya hanyalah 50 sen sahaja.

Yang menjadi bualan hangat orang ramai adalah berkaitan kecekapan dan kebebasan yang dilakukan oleh si budak penjual itu.

“Laju betul budak ni buat kerja, tepat pula dia bungkus. Gam tu pun elok je ada di bucu plastik tu.

“Bermodal 50 sen, ramai yang boleh menjelajah ke bulan,” jelas Faizul Jo.

“Macam bebas sangat je dekat sana, senang je cari benda alah ni. Ini boleh rosakkan bangsa dengan modal yang murah sahaja.

“Minta ibu bapa pun tengok-tengok la sikit anak tu. Kalau dah bawa gam tu tak adanya nak repair kasut,” jelas Hafizul Zainuddin.

Baca :(video) Suami Terkejut ,isteri selamba ‘Daging Wagyu’ Dibuat Masak Merah

COMMENTS