“Bermaksiat selama empat tahun”, jawapan Puteri Sarah cetus persoalan

“Bermaksiat selama empat tahun”, jawapan Puteri Sarah cetus persoalan. Sejak bulan lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tanggannya iaitu Ira Kazar.

Baru-baru ini, Puteri Sarah dilihat ada membalas komen seorang netizen di Instagram Xtra mengenai kemampuan suamiya berpoligami.

Individu itu meminta pelakon tersebut menerima hubungan suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar memandangkan pengarah itu mampu untuk berkahwin lagi.

“Mampu, nak kahwin lagi, kahwin je lah… Netizen tak payah sibuk. Puteri Sarah terima jelah, Islam izinkan,” tulis individu itu.

Tampil menjawab komen tersebut, Sarah meminta individu itu membezakan antara kahwin dengan dengan bermaksiat selama empat tahun.

"Bermaksiat selama empat tahun", jawapan Puteri Sarah cetus persoalan

Minggu lalu, Puteri Sarah membuat dua tuntutan terhadap Ira Kazar di Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi).

Ia berkaitan dengan gangguan ketenteraman dirinya (kes sivil) selain menganggu ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah.

BACA:

DS Vida tebang pokok pisang jam 3 pagi, ini sebabnya..

Gaji penjawat awam perlu disemak semula, tercorot di ASEAN

Lelaki maut dilanggar keretapi, puncanya buat ramai sebak