Bergurau jadi Sultan Kelantan, Mat Salleh ini mohon maaf

Bergurau jadi Sultan Kelantan, Mat Salleh ini mohon maaf. Baru-baru ini, seorang Mat Salleh dari Perancis telah memuat naik sebuah hantaran video di mana dia berseloroh kononnya menjadi Sultan Kelantan. Di dalam video yang dikongsikan itu, dia dilihat berjalan di dalam sebuah rumah tradisional dan memberitahu di ruangan kapsyen, memperkenalkan dirinya sebagai Raja Kelantan yang baru.

Video yang dimuat naik itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi dan kebanyakannya mengutuk tindakan pelancong dari Perancis itu. Malah ramai yang menganggap Mat Salleh itu tidak sensitif dengan budaya di Malaysia dan tindakannya itu sebagai keterlaluan.

Susulan itu, dia telah pun memadamkan video tersebut selepas menerima teguran dan kecaman dari orang ramai. Bagi menjernihkan keadaan, dia kemudian memuat naik satu permohonan maaf di atas kesilapannya yang telah menyinggung hati ramai pihak.

Bergurau jadi Sultan Kelantan, Mat Salleh ini mohon maaf

Menurutnya, dia menerima dua reaksi dari netizen berhubung video tersebut di mana ada yang menganggapnya sebagai lucu namun ada yang berasa tersinggung melihatnya. Oleh kerana itu, dia dengan seikhlas hati meminta maaf di atas kelakuannya itu kerana dia tidak tahu ia merupakan satu isu yang sensitif di Malaysia.

Jelasnya, dia hanya tahu isu agama adalah perkara yang sensitif untuk dibualkan kerana pernah melaluinya sebelum ini. Dia juga tidak menafikan kesilapan seperti itu antara yang selalu dilakukan oleh pelancong luar sepertinya yang baru sahaja belajar tentang budaya di sini.

Pada penghujung video, Mat Salleh tersebut turut berjanji akan lebih berhati-hati dan peka dengan video yang akan dimuat naiknya nanti. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut menasihatkan Mat Salleh itu untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama selepas ini.

“Dekat Malaysia ni ada beberapa benda yang anda perlu peka seperti kaum, agama, budaya dan institusi beraja…”

“Biasalah bila datang malaysia dapat 300k followers, rasa selesa sangat dah tu.”

“Anda belajar dari kesilapan, itu bagus. Cuma jangan buat lagi je.”

“Permohonan maaf diterima. Mungkin lepas ni kena tanya dulu.”

@alwingcThis is for everyone I have offended on my last video about the King of Kelantan. I sincerely apologize, I am so grateful for all the love I’ve had so far in Malaysia and don’t want this to be misunderstood. Love y’all♬ Relaxed everyday loop BGM – Milk

BACA:

Peminat terkejut tengok Meely Goeslow kurus kering, rupanya ini yang dia buat

Berdekah tengok Isteri prank suami jadi hantu, “terus cabut lari laki dia”

Isteri Yonnyboii dedah memang seksi dari dulu lagi