Berebut kerusi dalam tren, “Balik Malaysia lah!” sergah warga Singapura

Berebut kerusi dalam tren, “Balik Malaysia lah!” sergah warga Singapura. Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang warga Singapura bergaduh bersama seorang pemuda dari Malaysia sehingga meraih kritikan dan reaksi netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @w4yn3 di laman TikToknya, kelihatan seorang lelaki yang sudah berusia memarahi seorang pemuda yang sedang duduk bertentangan dengannya di dalam sebuah MRT.

Difahamkan, menurut laporan Singapore Uncensored, pertengkaran itu berlaku disebabkan oleh perebutan kerusi di antara mereka.

Berebut kerusi dalam tren, "Balik Malaysia lah!" sergah warga Singapura

Dikatakan, lelaki warga Singapura itu bertindak agresif disebabkan pemuda tersebut tidak menghormatinya yang duduk di kerusi yang telah dikhaskan kepada warga emas.

Tidak puas hati dimarahi depan umum, pemuda tersebut mengajak lelaki itu beradu tenaga namun, tawaran itu telah ditolak oleh warga emas terbabit.

Sekadar info, kedua-dua lelaki itu sebenarnya boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa Singapura. Individu yang membuat gangguan di kawasan awam secara berlebihan boleh dikenakan denda sehingga $1,000 atau penjara tiga bulan.

@w4yne3♬ original sound – w4yn3

BACA:

Susulan pendedahan mengejutkan Nazrey, ini respon anggota raihan

Pasangan maut disambar petir ketika berdua-duan dalam khemah

Inflasi naik lagi, OPR pun bakal naik lagi?