Berdoa minta malaikat Jibril turunkan duit, nak bina masjid

Berdoa minta malaikat Jibril turunkan duit, nak bina masjid. Tular satu video di media sosial sekunpulan pemuda di ketuai oleh seorang ketuanya memohon doa di sebuah tapak pembinaan masjid tiga tingkat dan pelakunya berada di puncak bangunan.

Dalam video yang disiarkan di laman Facebook Viral 20c, lelaki itu menadah tangan, melafazkan pujian lantas meminta Jibril menurunkan wang dari langit.

Jibril ialah malaikat suruhan Allah S.W.T yang bertanggungjawab menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Katanya, tempat yang dilawati itu merupakan kawasan suci yang belum diterokai oleh Youtuber, penjaga keramat dan dirinya sendiri.

Setelah sampai di puncak masjid, terdapat seorang lelaki berbaju hitam dan berkain pelikat kain biru hitam membaca doa sambil menadah tangan dan mendongakkan kepalanya ke langit.

Berdoa minta malaikat Jibril turunkan duit, nak bina masjid

“Ya Allah, Ya Allah, Masjid Karuhun, Masjid Kolot, turunkanlah rahmatMu. Jibril-Jibril turunkan rahmatMu, Jibril turunkan wang untuk membina dan membayar hutang masjid, jadikannya nyata Allahuakbar,” kata lelaki itu sambil diikuti orang sekelilingnya.

Dia meneruskan doa yang sama dan menjerit ‘banyak duit, banyak duit, turun dan turun’ yang diikuti dengan kalimah takbir.

“Jadi jangan risau, bayaran untuk tukang cat, tukang besi dan tukang konkrit sudah terjamin”, sambungnya sambil bertepuk tangan dan mengakhiri ritual tersebut.

BACA:

Kes kematian di Penjara Kluang, ini penjelasan Polis

Ameera Khan hilang dari IG, Neelofa dedah apa yang berlaku

Didakwa terima wang UKSB, ini jawapan balas Tun M