Berdekah tengok Isteri prank suami jadi hantu, “terus cabut lari laki dia”

Berdekah tengok Isteri prank suami jadi hantu, “terus cabut lari laki dia”. Setiap suami isteri pasti ada cara yang tersendiri untuk bergurau senda bukan?

Ada yang bergurau kasar dan ada juga yang suka mengenakan pasangan dengan membuat prank sebagai hiburan dalam rumah tangga.

Namun, berbeza dengan wanita ini apabila dia melakukan prank dengan menjadi hantu untuk menakutkan suaminya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@queeeeeeeeeeensumai___ hahaha kesian suami aku ada bini otak separuh mcmni 😭🤣 #fyp #prank #horror ♬ original sound – rahsiakitekite

Saja nak main-main, tak sangka pula suami takut sampai cabut lari

Berdekah tengok Isteri prank suami jadi hantu, "terus cabut lari laki dia"

Menerusi video yang dimuat naik oleh @queeeeeeeeeeensumai___, kelihatan dia yang memakai telekung dan bersolek seperti hantu pocong itu sedang menunggu suaminya balik.

Apa yang menghiburkan adalah sebaik saja suaminya membuka lampu bilik mereka dan mendapati ada kelibat berwarna putih, dia pantas menutup pintu dan berlari kerana takut.

Tindakannya itu membuatkan si isteri terus tergelak dan membuka pintu untuk memanggil suaminya kembali.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@queeeeeeeeeeensumai___ Replying to @Kiela ♬ original sound – rahsiakitekite

“Pastu bayangkan, tengah gelak-gelak tiba-tiba laki dia call cakap kena overtime kerja malam ni” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 685K tontonan, 54.6K tanda suka serta 795 perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi suaminya dan ada juga yang berasa seram melihat wanita itu berpakaian seperti hantu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @queeeeeeeeeeensumai___ (TikTok)

Image from @queeeeeeeeeeensumai___ (TikTok)

Image from @queeeeeeeeeeensumai___ (TikTok)

Kesian suami kau kak, tak pasal-pasal dia ingat hantu betul 😀

BACA:

Isteri Yonnyboii dedah memang seksi dari dulu lagi

“Penyokong Pas sampai kata nak membunuh..” – Anwar

2 hari lagi nak PRU, banjir makin teruk di Malaysia