Berbogel dalam panggilan video, wanita ini kini diugut kenalan sendiri

Berbogel dalam panggilan video, wanita ini kini diugut kenalan sendiri

Tidak menjadi masalah jika kita mahu mencari teman baru menggunakan aplikasi media sosial, akan tetapi ia akan menjadi satu masalah jika kita menyalahgunakan media sosial dan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali atau baru dikenali.

Memetik dalam laporan Harian Metro, seorang remaja wanita berumur 15 tahun telah diugut oleh kenalan lelaki yang baru 3 bulan dikenalinya di aplikasi Instagram. Suspek dikatakan mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar lucah milik mangsa ke media sosial jika tidak memperkenalkan rakannya kepada suspek.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan daripada remaja wanita itu pada 4.08 petang semalam bagi memaklumkan tentang ugutan yang dibuat oleh suspek yang dikenalinya itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai menerima laporan daripada pihaknya berkaitan ugutan yang diterima seorang remaja wanita

Mangsa mendakwa ketika berada di rumahnya di Jinjang, dia dipujuk oleh suspek untuk berbogel ketika berbual menerusi panggilan video.

Lelaki berkenaan juga menangkap layar gambar-gambarnya sedang berbogel tanpa disedari gadis berkenaan.

Eng Lai berkata, suspek kemudian mula mengugut mangsa untuk menyebarkan gambarnya ke media sosial jika mangsa ingkar untuk memperkenalkan rakan-rakan remaja wanita tersebut kepada suspek.

Susulan daripada ugutan yang diterimanya, mangsa membuat laporan polis dan usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/padah-berbogel-dalam-panggilan-video-remaja-wanita-ketakutan-diugut-kenalan-lelaki/?

COMMENTS