Berbaloi 5 tahun tunggu Datuk M Nasir, ini rupanya yang ditunggu

Berbaloi 5 tahun tunggu Datuk M Nasir, ini rupanya yang ditunggu. Impian Siti Nordiana merakam lagu sentuhan komposer terkenal, Datuk M Nasir termakbul biarpun terpaksa menunggu lima tahun.

Siti Nordiana atau lebih akrab disapa Nana berkata, pendekatan M Nasir yang cukup teliti sebelum menyerahkan karya kepada mana-mana penyanyi menyebabkan dia perlu menunggu lama.

“Sebelum ini, saya tidak berani hendak minta lagu daripada M Nasir.

“Selepas mendengar komen beliau terhadap persembahan saya ketika bertanding pada musim kedua Gegar Vaganza (GV2), barulah saya terdetik menyanyikan lagunya.

“Selepas tamat GV2, saya kerap berjumpa dengan M Nasir dalam acara hiburan. Saya ambil peluang itu untuk bertanya jika beliau sudi beri lagu kepada saya.

Berbaloi 5 tahun tunggu Datuk M Nasir, ini rupanya yang ditunggu

“Alhamdulillah, selepas lima tahun menanti, akhirnya dapat juga lagunya. Secara bergurau, beliau bertanya, bolehkah saya bawa lagu itu?” katanya pada majlis pelancaran single berjudul Menyantun Kasih di sini, semalam.

Berkongsi pengalaman merakamkan lagu itu, Siti Nordiana berkata, dia mengambil masa empat hari untuk menyempurnakan proses penghasilan single berkenaan.

“Untuk menyiapkan lagu ini, saya perlu ke studio Luncai Emas selama empat hari. Untuk satu sesi, saya habiskan empat jam di studio.

“Alhamdulillah, lagu terbabit selesai dirakamkan menerusi tunjuk ajar M Nasir,” katanya.

Video muzik lagu Menyantun Kasih boleh ditonton di saluran Youtube mulai semalam.

BACA:

Jaafar Onn kahwin lagi?

Pembenci ketawa kes saya dan ira kazar ditutup, Puteri Sarah senyum puas dengan penjelasan Jawi

Abang berang, tumbuk adik sedang memasak, ini puncanya