Beli Vellfire : Ini 7 soalan kepada MB Kedah

Beli Vellfire : Ini 7 soalan kepada MB Kedah

Adakah MB Kedah selaku Pengerusi SADA tidak tahu langsung tentang pembelian Vellfire tersebut? Mohon jawab kepada Rakyat Kedah siapakah yang luluskan pembelian ini?

Apa keperluannya di pihak SADA pembelian Vellfire sebagai kegunaan MB sedangkan beliau sudah pun memiliki kereta rasmi. Sudah tersebar surat kenderaan tersebut adalah untuk kegunaan MB.

Kedah mempunyai masalah air yang sering terputus bekalan. Pengguna sering mengadu dan sentiasa menanti penyelenggaraan yang baik dari pihak SADA tetapi masih di takuk lama. Adakah SADA tidak mengetahui tindakan keutamaan (priority), di antara tujuan membeli kenderaan atau menggunakan kewangan kepada tujuan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat?

Pengerusi SADA selaku MB Kedah apakah tidak memikirkan masalah pengguna. Masih memikirkan kegunaan peribadi jauh dari segalanya?

Perbuatan pembelian membazir kenderaan untuk MB jelas ketara sedangkan SADA perlu manfaatkan kewangan untuk memberikan perkhidmatan/baik pulih/penyelenggaran yang baik kepada pengguna.

Ketika rakyat berhempas pulas menghadapi cabaran pandermik Covid 19, SADA sibuk dengan pembelian Vellfire. Apakah manfaat yang rakyat Kedah dapat?

PERSOALAN yang paling besar ialah adakah MB Kedah terlibat dengan pembelian Vellfire tersebut? Sila nafikan.

Rasanya MB Kedah tidak akan berani menjawab semua persoalan tersebut di hadapan wartawan mahupun secara rasmi.

Sumber :

COMMENTS