Beli rumah serendah RM1,300, rupanya pembeli ini “terciduk” dengan penjual

Beli rumah serendah RM1,300, rupanya pembeli ini “terciduk” dengan penjual

Ditawarkan dengan harga rumah serendah RM1,300 sehingga RM7,000, beberapa orang penduduk di Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah mengakui kecewa kerana telah terpedaya untuk membeli rumah setinggan daripada tuan rumah.

Bagaimanapun, penduduk yang membeli rumah setinggan berkenaan terpaksa ‘menggigit jari’ apabila kediaman mereka akhirnya telah dirobohkan dalam satu operasi perobohan menggunakan jentolak sekitar jam 9 pagi pada Isnin yang lalu.

Berdasarkan laporan, sebanyak 48 buah rumah telah dirobohkan kerana ia dibina secara haram haram di atas kawasan tanah milik sebuah syarikat pemaju. Difahamkan, notis perobohan rumah serta arahan yang menggesa penduduk mengosongkan kawasan itu sudah lama dikeluarkan sejak beberapa bulan yang lalu, namun penduduk masih berdegil dan tidak ambil peduli.

 

Berikutan itu, mahkamah telah mengeluarkan arahan untuk merobohkan kesemua rumah yang terbina di kawasan haram itu serta-merta. Lantaran itu, ada segelintir penduduk kecewa apabila rumah setinggan yang baru sahaja mereka beli daripada tuan rumah terpaksa dirobohkan begitu sahaja.

“Saya membeli rumah setinggan ini dengan harga RM5,000 daripada tuan rumah sebelum ini yang diperkenalkan oleh ahli keluarga saya. Saya diberitahu bahawa tanah ini akan diambil semula oleh pemiliknya, namun bukan dalam tempoh terdekat.

“Saya fikir mungkin selepas beberapa tahun baru pemilik tanah mengambilnya semula. Sebab itu, saya membelinya sebagai penempatan sementara untuk isteri dan keluarga,” kata salah seorang penduduk, Norazwan Arman, 26 tahun kepada wartawan Sinar Harian.

Dalam pada itu, Norazwan mengakui kecewa kerana rumah yang diduduki sejak sebulan lalu terpaksa dirobohkan. Dia juga kesal kerana membeli rumah tanpa dokumen sedangkan dia sudah tahu bahawa tanah yang diduduki adalah milik orang lain.

Sementara itu, Pengarah Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Abdul Mukti Muchlish berkata, dalam siasatan semasa kerja perobohan kawasan haram itu, pihaknya telah mendapati ada penduduk yang baru sahaja 10 hari, sebulan dan satu tahun yang sudah membeli rumah dan menetap di situ

Sumber:https://www.thevocket.com/terperdaya-beli-rumah-serendah-rm1300-pembeli-akui-telah-ditipu-penjual/

COMMENTS