Bekas Setiausaha Sulit ibu Najib Razak Tun Rahah meninggal dunia

Bekas Setiausaha Sulit ibu Najib Razak Tun Rahah meninggal dunia

Bekas Setiausaha Sulit kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, Datuk Idris Shaari Mat Aris, 79, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh malam tadi dipercayai akibat jangkitan Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu perkongsian di laman Facebook memaklumkan tentang perkara tersebut dan turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Datuk Idris Shaari Mat Aris, bekas Setiausaha Sulit kepada Allahyarhamah Tun Rahah baru sahaja kembali ke rahmatullah.

“Arwah juga pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tun Abdul Razak satu ketika dahulu. Takziah kepada ahli-ahli keluarga,” katanya menerusi satu kemaskini status Facebook.

Tambah Najib, beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Difahamkan, Allahyarham telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh sejak Rabu lalu kerana jangkitan Covid-19 dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pagi tadi.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/25/bekas-setiausaha-sulit-ibu-najib-razak-meninggal-dunia/

COMMENTS