Bekas pak guard bunuh kekasih dihukum gantung

Bekas pak guard bunuh kekasih dihukum gantung

Bekas pak guard bunuh kekasih dihukum gantung.Perbuatan seorang bekas pengawal keselamatan yang membunuh kekasihnya sendiri pada empat tahun lalu mendapat balasan setimpal apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Tertuduh, M. Gunasegaran, 40, sebelum ini menggemparkan negara apabila membawa mayat kekasihnya ke Balai Polis Damansara dekat sini selepas membunuhnya.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Gunasegaran yang didapati bersalah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Hukuman tersebut kemudiannya diterangkan jurubahasa kepada tertuduh dalam bahasa Tamil.

Berdasarkan pertuduhan, Gunasegaran didakwa telah membunuh seorang wanita di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya pukul 1.50 petang pada 5 Februari 2018.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ho Kwong Chin telah memanggil seramai 17 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan diwakili Peguam Arik Zakri Abdul Kadir hanya memanggil tertuduh yang memberikan keterangan daripada kandang tertuduh.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/30/bekas-pengawal-keselamatan-bunuh-kekasih-dihukum-gantung/

BACA: wanita nekad berpisah, Kekasih kentut depan muka

COMMENTS