Bekas PA Serius Nak Kahwin Sebak ,Vida Sanggup Buat Ujian Kesuburan

Bekas PA Serius Nak Kahwin Sebak ,Vida Sanggup Buat Ujian Kesuburan

Bekas PA Serius Nak Kahwin, Sebak Vida Sanggup Buat Ujian Kesuburan.Sejak akhir-akhir ini, hubungan Datuk Seri Vida (DSV) bersama bekas pembantu peribadi (PA) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, menjadi bualan ramai orang.

Terbaru, menerusi sebuah rakaman panggilan video yang dimuat naik di Instagram Vida, Iqbal mendedahkan ciri-ciri yang ada pada usahawan terkenal itu yang membuatkan dia jatuh cinta.

Kata Iqbal, Vida, 49, mampu menurunkan ego yang ada dalam dirinya selain berkenan dengan sikap lemah lembut. Iqbal menjawab soalan Vida yang bertanya apa yang membuatkan dia akan kekal setia?

Sikap, prinsip, pembawaan yang tegas tapi manja. Nampak garang tapi sebenarnya orang yang sangat berlemah lembut. Selalu melenturkan ego saya. Boleh bertimbang rasa walaupun usia jauh lagi berusia tapi sikap sopan, lembut itu ada.

Bekas

Tambah Iqbal, dia mengakui serius mahu melangkah ke fasa baharu dengan memasuki alam perkahwinan.

Dalam pada itu, Iqbal turut meluahkan rasa sebak dengan usaha Vida yang sanggup melakukan ujian kesuburan beberapa kali bagi membuktikan masih subur.

Saya nak secepat mungkin. Dah tujuh tahun kenal, buang masa dah banyak. Doktor pun suruh cepatkan.

Saya kesian dengan Datuk Seri, minggu lepas dah pergi test, dua tiga harini pun test lagi. Saya rasa sedih sebab sampai tahap itu. Mungkin rezeki orang tak sama. Saya rasa sebak.

Terdahulu, Iqbal mendedahkan dia dan pemilik nama Hasmiza Othman hampir berkahwin pada tahun 2018 namun tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.

Sumber: https://ohbulan.com/bekas-pa-serius-nak-kahwin-sebak-vida-sanggup-buat-ujian-kesuburan-dah-tujuh-tahun-kenal-buang-masa-dah-banyak

BACA: Aksi video Kura-kura Seronok ‘Lari’ Laju Timbul Tanda Tanya Ramai Raih 12 Juta Tontonan

COMMENTS