Bekas kakitangan Jabatan Agama direman kes seleweng lebihan gaji

Bekas kakitangan Jabatan Agama direman kes seleweng lebihan gaji

Bekas kakitangan Jabatan Agama direman kes seleweng lebihan gaji. Bekas kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) direman lima hari kerana disyaki menyeleweng kutipan bayaran lebihan gaji guru kontrak jabatan itu membabitkan nilai lebih RM195,000 empat tahun lalu.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira jam 8.35 pagi sebelum dibawa keluar satu jam 30 minit kemudian.

Bekas

Difahamkan, suspek yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir didakwa mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu bayaran balik emolumen terlebih bayar berjumlah RM195, 765. 75.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Mohd Sharil Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan katanya siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dijalankan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/752317/bekas-kakitangan-jaim-direman-kes-seleweng-lebihan-gaji

BACA: Nak menunjuk sekali terciduk pulak

COMMENTS