Begini rupanya fenomena air pasang besar boleh berlaku , ini senarai lokasi yang berisiko

Begini rupanya fenomena air pasang besar boleh berlaku , ini senarai lokasi yang berisiko

Begini Rupanya Fenomena Air Pasang Besar Boleh Berlaku ,Ini Senarai Lokasi Yang Berisiko.Kejadian air pasang besar bukanlah satu fenomena yang asing di negara kita. Namun begitu, mungkin ramai antara kita yang masih tidak tahu bagaimana air pasang besar boleh berlaku.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan Institut Jurutera Malaysia seperti dikongsikan Bernama menerusi Twitter ada menerangkan mengenai bagaimana air pasang besar ini boleh terjadi.

Melalui perkongsian itu, air pasang surut ini terjadi adalah disebabkan putaran bumi dan tarikan graviti bulan. Pantai-pantai di Malaysia lazimnya mengalami air pasang surut sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Air pasang besar pula terjadi semasa fenomena bulan penuh atau anak bulan. Fenomena air pasang besar akan terjadi apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan berada dalam keadaan selari.

Apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan pada keadaan selari ia akan menyumbang kepada banjir di pesisiran pantai dan sekali gus menyebabkan air pasang besar itu berlaku.

Begini Rupanya Fenomena Air Pasang Besar Boleh Berlaku , Ini Senarai Lokasi Yang Berisiko

19 kampung terputus hubungan di beluran sabah

Malah, pada masa yang sama air pasang besar itu akan disertai dengan angin kuat dan hujan lebat.

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Dibuka Mulai Hari Ini

Menerusi ciapan yang dikongsikan, kawasan yang berpotensi mengalami fenomena air pasang di negeri Perlis melibatkan 2 kawasan iaitu Bukit Putih ke Kuala Perlis dan Lebuhraya Kuala Perlis.

Bagi negeri Pulau Pinang pula, terdapat 5 kawasan yang berisiko iaitu Mak Minah di Juru, Bagan Ajam, Pantai Robina, Muara Sg. Kerian dan Sg. Batu.

Ini Profil Dan Fakta Menarik Dato’ Sri Mahadi Yg Ramai Tak Tahu

Di Negeri Sembilan, Negeri sembilan pula hanya Port Dickson yang berisiko untuk mengalami fenomenia air pasang besar. Manakala di Kedah hanya melibatkan Kg Tepi Sg Ke Kg Pulau Sayak.

Hanya 3 kawasan yang berisiko di negeri Perak iaitu Larut Matang, Manjung dan Hilir Perak. Bagi negeri Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, dan Kuala Langat.

Manakala di Melaka kawasan berisiko melibatkan 4 lokasi iaitu Alai Perdana, Telok Mas, Pengakalan Balak dan Kuala Linggi.

Di Johor hanya melibatkan dua kawasan yang berisiko mengalami fenomena air pasang besar iaitu di Batu Pahat dan Pontian.

BACA:

Selepas Gardenia, Massimo pula di laporkan naik harga
‘Ini menteri dari mana? Pemimpin umno selar Zafrul berhubung pengeluaran KWSP

COMMENTS