Beberapa pemaju perumahan terbengkalai dapat tempoh pengecualian

Beberapa pemaju perumahan terbengkalai dapat tempoh pengecualian. Kerajaan memaklumkan telah memberikan tempoh pengecualian kepada pemaju projek-projek perumah sakit di bawah Akta 829 dan Akta A1641 oleh Jabatan Perumahan Negara, berdasarkan justifikasi yang dibenarkan.

Memetik laporan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata, langkah itu diambil memandangkan kebanyakan projek perumahan yang sedang berjalan, tidak dapat disiapkan mengikut tempoh, seperti dalam Perjanjian Jual Beli (PJB).

Bliau berkata pemberian tempoh pengecualian ini menyebabkan tarikh serahan milikan kosong (Vacant Possession – VP) yang asal berubah kepada tarikh baharu.

“Senarai pemaju yang memperolehi kelulusan pengecualian tempoh perintah kawalan pergerakan bagi pemajuan yang terjejas kerana penularan wabak COVID-19 boleh di muat naik melalui laman sesawang https://ehome.kpkt.gov.my,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ismail berkata, Bank Negara Malaysia telah melaksanakan pemberian moratorium menerusi institusi kewangan bagi tempoh 6 bulan dan dilanjutkan kepada moratorium bersasar untuk tempoh 3 bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Beberapa pemaju perumahan terbengkalai dapat tempoh pengecualian

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) juga akan memainkan peranan penting untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada penjawat awam yang ingin membeli rumah.

KPKT, dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) pula, katanya lagi, telah memperkenalkan Skim Bantuan Khas iaitu penangguhan bayaran balik ansuran bulanan selama enam (6) bulan kepada peminjam LPPSA yang layak.

“Permohonan untuk mendapatkan Skim Bantuan Khas ini dibuka mulai 4 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022 melalui portal rasmi LPPSA.

BACA:

Puting beliung dipenuhi nyamuk, fenomena yang menggerunkan

Terkini !!! Bekalan elektrik pulih sepenuhnya, puncanya di Yong Peng

Restoran saji hidangan daging buaya di Bentong diserbu