Bayi hasil hubungan sulit dengan “makwe” dibunuh lelaki ini, kini terima padah..

Bayi hasil hubungan sulit dengan “makwe” dibunuh lelaki ini, kini terima padah..

Seorang pembantu kedai makan yang membuang bayi baru dilahirkan teman wanitanya dalam semak sehingga menyebabkan kematian pada 29 Mac lalu, berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ahmad Shamil Ashraf Zainudin, 19, selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh ke atas seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan remaja perempuan berusia 17 tahun empat bulan antara 12.01 pagi hingga 10.30 malam di kawasan semak tepi jalan berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ahmadiah pada hari kejadian.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan dihukum mati, menurut laporan Sinar Harian.

Mohamad Izwan menetapkan 19 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya, Raudah Mazman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dan teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan kes buang bayi di tepi jalan kawasan semak berhampiran kawasan kilang Telok Mas, 29 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Mohd Sukri Kaman berkata, soal siasat mendapati remaja perempuan itu mengaku melahirkan bayi berkenaan hasil hubungan sulit bersama teman lelakinya Januari tahun lalu sebelum disahkan mengandung pada Mac 2020.

Menurutnya, suspek melahirkan bayi lelaki itu kira-kira 12 tengah malam yang disambut teman lelakinya di sebuah rumah di Kandang sebelum individu itu memasukkan bayi yang masih hidup ke dalam kotak plastik dan dibungkus dalam plastik hitam lalu dibuang ke kawasan semak.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/08/lelaki-bunuh-bayi-hasil-hubungan-sulit-dengan-kekasih-berdepan-hukuman-mati/

COMMENTS