Bawa janda dan dadah merayau-rayau, sepasang kekasih ditahan polis

Bawa janda dan dadah merayau-rayau, sepasang kekasih ditahan polis

Sepasang kekasih diberkas selepas polis menemui sejumlah dadah ketika mereka ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kampung Selamat, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 28 tahun terbabit yang menaiki sebuah motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata, pemeriksaan yang dijalankan menemui 12 biji pil Eramin 5 dan tujuh paket dadah disyaki syabu seberat 14.91 gram (g) di dalam beg silang suspek.

Menurutnya, ujian saringan air kencing dijalankan ke atas suspek lelaki yang masih bujang mendapati dia positif syabu.

“Manakala suspek wanita berstatus janda pula didapati negatif dadah.

“Melalui semakan dilakukan, lelaki itu mempunyai empat rekod jenayah lampau dan suspek wanita mempunyai dua rekod berkaitan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Pasangan ini mengaku bahawa dadah itu adalah milik mereka. Kes disiasat mengikut Seksyen 39(A)(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/03/682581/ditahan-merayau-bawa-janda-dan-dadah

COMMENTS