Baunya busuk seperti mayat, suami isteri tak sangka benda pelik ini boleh dimakan

Baunya busuk seperti mayat, suami isteri tak sangka benda pelik ini boleh dimakan. Satu pasangan suami isteri, Terry Driscoll dan Stephanie Slann terhidu ssuatu bau yang sangat busuk dan kemudiannya mereka telah menemui suatu benda pelik berwarna merah yang disangkakan mereka alat permainan anjing. Tapi apa yang peliknya adalah benda itu mengeluarkan benda yang sangat busuk seperti bau mayat.

Benda berwarna merah itu ditemukan mereka di belakang rumah mereka dan mereka kemudian menyedari ianya bukan alat permainan yang suka digigit anjing.

Oleh kerana berasa pelik dengan benda tersebut, mereka pun melaporkan penemuan itu kepada Buckinghamshire and Oxfordshire Wildlife Trust (BBOWT).

Rupanya benda tersebut merupakan sejenis kulat yang sangat jarang ditemui di United Kingdom (UK) dan dikenali sebagai clathrus ruber. Penemuan tersebut merupakan kali keenam spesis kulat tersebut ditemuikan di UK.

“Ketika mula-mula saya melihat kulat itu, saya sangkakan ia adalah permainan anjing dan pada masa yang sama mengeluarkan bau sangat busuk.

Baunya busuk seperti mayat, suami isteri tak sangka benda pelik ini boleh dimakan

“Kami dimaklumkan kulat itu merupakan tumbuhan yang jarang ditemukan dan kiranya, kami bertuah kerana dapat melihatnya depan mata,” kata Terry.

Ciri-ciri kulat clathrus ruber itu adalah ianya mengeluarkan bau yang sangat busuk seperti bau bangkai hingga menyebabkan lalat turut menghurunginya dan spora tersebar.

Walaupun sangat jarang ditemui di United Kingdom, tetapi kulat itu banyak tumbuh di selatan Eropah.

Selain itu, kulat clathrus ruber ini juga boleh dijadikan makanan walaupun berbau busuk.

BACA:

Berebut kerusi dalam tren, “Balik Malaysia lah!” sergah warga Singapura

Bonus sebulan gaji untuk penjawat awam bakal diumum?

Bekas pekerja suami Heliza Helmi bongkar sesuatu mengejutkan