Baru beberapa jam Di cerai, suami minta rujuk balik, Ingat tengah ‘couple’ ke?

Baru beberapa jam Di cerai, suami minta rujuk balik, Ingat tengah ‘couple’ ke?

Baru beberapa jam Di cerai, suami minta rujuk balik, Ingat tengah ‘couple’ ke?.Dalam menjalani kehidupan rumah tangga, kadang kala pasti terdapat pertengkaran atau perselisihan faham antara pasangan sehingga bertindak di luar jangkaan tanpa memikirkan masa depan.

Seperti dilalui seorang wanita ini, dia meminta untuk berpisah atas sebab tertentu sehingga suaminya melafazkan talak satu menerusi perkongsian video di aplikasi TlkT0k @shuha1da.

“Hang ceraikan aku sekarang, Tunggu apa lagi? Lafazlah sekarang. Hang lepaskan aku cepat. Sekarang.. *jatuh talak satu*,” tulis wanita berusia 21 tahun itu dalam video tersebut.

Bagaimanapun, menerusi satu lagi muat naik video, wanita berasal dari Pulau Pinang itu berkata lelaki berusia 19 tahun berkenaan mahu merujuk untuk kembali dalam waktu iddah selepas beberapa jam melafazkan cerai.

cerai

@shuha1da memaklumkan perkara itu selepas segelintir individu mendkwa kisah penceraian rumah tangganya hanya rekaan semata-mata untuk meraih perhatian ramai.

“Tiada masa untuk pr4nk”

Rakaman berdurasi 18 saat itu memaparkan dia dan lelaki terbabit berada di sebuah pejabat agama di Bukit Mertajam untuk proses rujuk semula sebagai suami

Pada malam selepas dia lafaz cerai, dalam beberapa jam kemudian dia minta rujuk balik. Sakit sangat mendalam walaupun dalam masa yang sama aku masih sayang dia,” katanya yang berkahwin dua tahun lalu.

Video yang meraih 771,100 tontonan itu lebih 1,000 komen dalam kalangan warganet yang menitipkan nasihat kepada pasangan muda tersebut bahawa perkahwinan bukan permainan.

Mereka berkata, pasangan itu perlu mencari jalan penyelesaian terbaik apabila berlaku pergolakan dalam hubungan dan bukannya semudah serta ‘sesuka hati’ melafazkan keramat perpisahan itu.

Ingat tengah ‘couple’ ke?

Meninjau ke ruangan komen

 

Nak kcam pun dah tiada guna,Eloklah doakan yang baik-baik saja, semoga hubungan mereka kekal bahagia hingga ke syurga.

Sumber: https://livenewszone.com/2021/10/13/hang-lepaskan-aku-cepat-baru-beberapa-jam-di-cerai-suami-minta-rujuk-balik/

Menarik :

“Sampai terfikir suruh suami cari lain” Isteri tak sangka ‘pregnant’ selepas 14 tahun menanti,
[VIDEO] 5 Tahun Jaga Jodoh Orang, Pemuda Nangis Datang Majlis Kahwin Bekas Kekasih
Wanita adakan upacara ilmu hitam depan rumah penghutang

COMMENTS