Bapa terbaca whatsapp anak, buat dirinya terkedu dan menitis air mata

Bapa terbaca whatsapp anak, buat dirinya terkedu dan menitis air mata

Bila tiba waktu tuhan mengambil insan tersayang yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari-hari, pasti kita akan rasa seperti dentuman halilintar yang memecah gunung ganang.

Lebih-lebih lagi jika insan tersebut adalah kedua ibu bapa kita, sakit sangat. Namun, sebagai hamba kita perlu sentiasa reda dengan ketentuan yang telah ditetaplan.

Begitulah kisah yang dikongsi oleh seorang bapa tunggal, Nazri Ahmad di laman Facebook miliknya di mana dia berkongsi luahan anaknya yang sangat merindukan arwah isterinya.

Bagaimanapun, bapa enam anak berkenaan kecewa kerana tidak lagi menjadi ‘telinga’ yang selalu mendengar setiap luahan hati anaknya itu.

Menerusi tangkap layar perbualan Whatsapp, anak sulungnya yang dikenali sebagai Indah meluahkan kerinduan terhadap kenangan-kenangan dulu bersama kedua ibu bapanya.

semalam baca whatsapp Indah.

Tapi dia bukan whatsapp ke saya. Ke orang lain yang dia selalu mengadu sekarang ni selain saya.

Hati retak seribu rasanya. Feels like a failed daddy.

Saya di Cheras on the way ke Bangi semalam masa ni, dan sepatutnya lepas setel di Bangi ada niat nak jumpa kawan sekejap di situ yang mai dari Kulim.

Tapi semua tu saya cancel. Perjalanan dari Cheras ke Bangi tu rasa macam jauh sangat. Dan dari Bangi patah balik ke Shah Alam tu speeding macam apa lagi. Lantaklah nak dapat surat speeding ka apa.

Nak cepat-cepat ja sampai rumah. Rasa macam Indah ni dah burn out. Luluh ja hati ni.

Dalam banyak anak, dia sorang ja yang betul-betul boleh buat abah jadi serba tak kena.

Harapnya ada sinar di sebalik semua kesedihan dan ketidakpastian dalam nak adap semua benda baru ni.

Bahagia itu kita cipta dan akan datang sendiri nanti in sha Allah.

Sumber:https://ohmymedia.cc/ganti-tugas-arwah-ibu-jaga-adik2-bapa-terkilan-anak-pendam-rasa-penat-sunyi/

COMMENTS