Bapa Oki Setiana Dewi meninggal dunia dalam tidur

Bapa Oki Setiana Dewi meninggal dunia dalam tidur

Bapa kepada pelakon dan pendakwah terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi iaitu Sulyanti Sastromartoyo dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tidur di rumah akibat serangan jantung, semalam.

“Semua terjadi sangat cepat dan tidak disangka-sangka. Dua hari yang lalu saya masih menelefon Papa dan berencana (merancang) mengajaknya untuk periksa ke rumah sakit (hospital). Semalamnya pun Ibu masih makan malam bersama Papa.

“Papa (panggilan untuk bapa) wafat (meninggal dunia) saat tidur dan ibu baru tahu di pagi harinya. Ibu tak memberitahu pada kami, anak-anaknya. Ibu hanya mengatakan papa sejuk dan akan dibawa oleh ambulans ke hospital,” tulis Oki menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Sewaktu diberitahu keadaan bapa, Oki mulanya berharap semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Awalnya Oki merasakan dirinya sangat kuat dan boleh menangkan ibu dan adik-adiknya, namun ternyata dia juga berasa sedih selepas dimaklumkan tentang pemergian bapanya.

“Saya fikir sayalah yang paling tabah dan boleh menenangkan ibu dan adik-adik. Ternyata saya orang yang terjatuh saat doktor memberitahu bahawa papa sudah tiada. Ibu yang membangunkan saya.

“Saya baru tahu bahawa papa ternyata telah meninggal dunia berjam-jam yang lalu ketika sedang tidur kerana serangan jantung,” kata Oki.

Menerusi entri tersebut Oki berkongsi foto keadaan di dalam masjid ketika bapanya sembahyangkan.

Pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu bersyukur bapanya pergi dalam keadaan tenang dan jenazahnya disembahyangkan oleh jemaah yang ramai.

“Hari ini berlangsung cepat dan mudah. Papa meninggal dunia di hari Jumat. Saat kami memandikan, tubuhnya bersih dan terlihat tenang, seperti sedang tertidur .

“Papa disolatkan orang soleh dan dikebumikan bersebelahan dengan masjid,” kongsinya.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/06/05/bapa-oki-setiana-dewi-meninggal-dunia-dalam-tidur/

COMMENTS