Bapa hadiahkan Porsche RM555,000 kepada anak umur 21 tahun

Bapa hadiahkan Porsche RM555,000 kepada anak umur 21 tahun. Ibarat bulan jatuh ke riba, apabila seorang gadis berusia 21 tahun meraikan hari lahirnya dengan sebuah kereta Porsche Cayman bernilai RM555,000.

Gadis itu mendapat kejutan daripada ibu bapanya yang menghantar sebuah lori bagi membawa hadiah tersebut ke tempat kerjanya, di mana kereta itu dimasukkan ke dalam kotak ‘plexiglass’.

Ibunya yang dikenali sebagai Wen berkata, hadiah tersebut ialah untuk memenuhi janji yang dibuat kepada anak gadis mereka beberapa tahun yang lalu.

“Masa dia kecil, ayahnya berjanji akan membelikan sebuah kereta mewah apabila dia berusia 21 tahun.

Bapa hadiahkan Porsche RM555,000 kepada anak umur 21 tahun

“Sejak itu, kami tidak pernah lupa akan janji itu dan berazam untuk memenuhinya apabila berkemampuan,” katanya.

Bagaimanapun, Wen menegaskan dia tidak pernah membeza-bezakan empat orang cahaya matanya, malah pernah memberi hadiah yang sama kepada anak lelakinya pada kelahiran yang ke-21.

Rata-rata komen di media sosial turut ‘menyeru’ pasangan masing-masing supaya menghadiahkan kereta yang sama apabila tiba hari kelahiran mereka.

Ada juga yang meninggalkan komen positif apabila mereka berazam untuk bekerja keras bagi mendapatkan kereta impian mereka.

Menurut laman web Porsche Malaysia, harga runcit kereta sport Porsche 718 Cayman ialah sekitar RM555,000.

@nowawilson_ Replying to @sha_sha ♬ original sound – AzrulAzlan

BACA:

Puteri Sarah ‘mengganas’, ahli keluarga Ira Kazar dah terima notis mahkamah

Fauziah Gous kena sekolah dengan netizen, “tutup dada, bukan lilit leher”

Baki tinggal RM25, nak pengsan pasangan ni dapat tahu anak curi duit Tabung Haji