Bapa Ashraf Muslim di laporkan meninggal dunia akibat Covid-19

Bapa Ashraf Muslim di laporkan meninggal dunia akibat Covid-19

Bapa Ashraf Muslim di laporkan meninggal dunia akibat Covid-19.Selepas lebih seminggu bertarung nyawa akibat positif Covid-19 tahap lima, bapa pelakon Ashraf Muslim iaitu Muslim Bulat meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur jam 6.37 pagi tadi.

Khabar duka itu dikongsikan di laman Instagram pelakon tersebut yang memohon kemaafan bagi pihak arwah bapanya jika terdapat sebarang kesalahan dilakukan sewaktu hayatnya.

Al-Fatihah…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

“Assalamualaikum semua, harini hari yang paling sedih. Ayah dah meninggal kan kami dalam keadaan yang baik dan tenang. Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.
“Saya sebagai anak yang sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidu , kalau ada hutang hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.
“InsyaAllah , sama-sama kita doakan semoga ayah ditempatkan di tempat yang ‘istimewa’ di alam barunya bersama mereka mereka yang beriman. InsyaAllah,” tulis pelakon berusia 40 tahun itu.

Sebelum ini, Ashraf memuat naik posting memaklumkan bapanya yang berusia 67 tahun itu dijangkiti Covid-19 dalam keadaan kritikal sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Separa Kritikal (IDCU) di hospital berkenaan.

Sumber: https://ohmymedia.cc/bapa-ashraf-muslim-meninggal-dunia-akibat-covid-19-tahap-lima/

BACA: Kisah Wanita Alami Kerasukan, Dipercayai Berpunca Dari Patung Kesayangan

COMMENTS