Bapa angkut kipas pergi sekolah hanya kerana anak komplen panas

Bapa angkut kipas pergi sekolah hanya kerana anak komplen panas

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak mereka, betul tak? Begitulah yang berlaku dalam kisah pasangan suami isteri ini.

Berikutan cuaca tidak menentu yang menanda negara Malaysia kebelakangan ini, seorang wanita bernama Puan Ros Ramlan berkongsi cerita di mana anak perempuannya ada mengadu kepanasan sewaktu dalam kelas di sekolah.

Tidak mahu anaknya kurang fokus semasa sesi pembelajaran, bapanya terus membawa kipas ke bilik darjah. Aksi bapa tersebut dirakam menerusi satu video yang dikongsi oleh Ros di aplikasi TikTok miliknya @rosramlan.

Bawa kipas angin besar ke sekolah

@rosramlanPlease nak, lepas ni jangan complain lagi ya. Mama risau nanti Daddy bawa sekali peti ais semua 🤣 💜 ##daddy ##myfamily ##madamrr ##fyp ##fypシ

♬ Hanya Rindu – Andmesh

“Please nak, lepas ni jangan ‘complain’ lagi ya. Mama risau nanti Daddy bawa sekali peti ais semua,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.
Mungkin perkara itu tidak pernah dibuat orang, sehingga pak ‘guard’ di sekolah pun terkejut melihat aksi bapa terbabit.

Apabila permintaan anak sudah dipenuhi, wanita itu memberi pesanan kepada anaknya agar tidak mengadu tentang suasana dalam kelas pada bapanya lagi.

Malah, dia sempat lagi berseloroh, manalah tahu takut jika suaminya membawa perkakas elektrik lain ke sekolah pula nanti.

Meninjau ke ruangan komen, netizen membanjiri dengan pelbagai reaksi di mana mereka bersetuju dengan tindakan bapa terbabit. Mana tidaknya, bapa mana yang tidak mahu yang terbaik untuk anaknya, betul tak?

Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dan menyifatkan tindakan itu tidak wajar atas alasan anaknya itu bersekolah di sekolah awam.

Sumber:https://ohmymedia.cc/anak-mengadu-panas-dalam-kelas-bapa-terus-angkut-kipas-pergi-sekolah/

COMMENTS