Bantuan MEF : Kemudahan perusahaan Mikro sehingga RM50,000

Bantuan MEF : Kemudahan perusahaan Mikro sehingga RM50,000. Bantuan sehingga RM50,000 untuk yang bekerja sendiri dari BNM. Kerajaan memperkenal bantuan pinjaman sehingga RM50,000 bagi mereka yang dalam industri gig dan bekerja sendiri. Berikut merupakan butiran lanjut :-

Apakah itu MEF?

  • Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) disediakan untuk Meningkatkan akses kepada pembiayaan tanpa cagaran untuk perusahaan/ usahawan mikro, termasuk individu yang bekerja sendiri dan pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital.
  • Pembiayaan akan ditawarkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro tanpa cagaran

Siapakah yang layak memohon MEF?

  • Perusahaan mikro* mengikut definisi PKS yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK); atau
  • Usahawan mikro Malaysia termasuk individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan (gig workers) yang menggunakan platform digital dan peserta program i-TEKAD

* Warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia dengan pemegangan sekurang-kurangnya 51% dalam perusahaan mikro

Bagaimanakah saya boleh memohon untuk MEF?

Hantar permohonan terus kepada Institusi Kewangan Peserta (IKP) dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit IKP

BACA:

Ramai kongsi trend tidur dalam kereta bantal tutup muka, rupanya sebab ini…

Anis Nabilah mahu masak rendang untuk Queen Elizabeth II, ini yang terjadi…

Buaya pra-sejarah rupanya masih hidup di perairan negara kita