Bantuan Khas Untuk OKU Tidak Bekerja

Bantuan Khas Untuk OKU Tidak Bekerja

Buat mereka yang berstatus Orang Kurang Upaya yang Tidak Bekerja terdapat bantuan khas yang anda boleh mohon dan perolehi melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang telah berdaftar dan memegang kad sah OKU, anda boleh mencuba untuk memohon bantuan yang telah ditawarkan ini.

Mari teliti maklumat, syarat-syarat serta cara permohonan di bawah :-

  • NAMA BANTUAN
  •  BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
  • KADAR BANTUAN
  • RM300 seorang sebulan

TUJUAN BANTUAN
1. Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
2. Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

KerjayaGig PERKESO: Insentif Pekerja Dan Majikan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

Berumur 16 tahun dan ke atas;

Pemegang Kad OKU JKM;

Tidak berupaya bekerja.

  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih:-
  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
  • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapit Semasa.

Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Permohonan Bantuan RM500 Warga Emas

SECARA MANUAL

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :-

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Sila muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen- dokumen yang diperlukan:-

BORANG BANTUAN PERMOHONAN OKU
SECARA TALIAN

Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :-

Layari laman web ebantuanJKM (http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp)

  •  Klik Daftar Permohonan atas Talian
  • Masukkan no kad pengenalan
  • Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
  • Hantar permohonan.

Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen- dokumen yang diperlukan;-

1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;

3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Kegagalan anda untuk datang, akan mengakibatkan permohonan anda dibatalkan serta merta.
MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian

Alamat: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 – 8000 8000

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya

BACA: i-Citra KWSP: Permohonan Pengeluaran RM5,000 Bermula Ogos

COMMENTS