Bantuan Khas Covid-19 dibayar bermula Isnin -PM

Bantuan Khas Covid-19 dibayar bermula Isnin -PM

Bantuan Khas Covid-19 dibayar bermula Isnin.Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula Isnin ini, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, bayaran secara berperingkat yang bermula 6 September ini dijangka selesai 10 September. BKC akan memanfaatkan 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40, serta golongan bujang yang berkelayakan.

“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada Ogos lalu, justeru saya mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

BACA: Skim Perumahan Belia BSN Subsidi RM200 Sebulan

Bantuan

“Hari ini, dana berjumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan. Proses pengkreditan fasa satu akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BACA JUGA: Skim Perumahan Belia BSN Subsidi RM200 Sebulan

BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Kerajaan mengumumkan Pakej Pemulih pada 28 Jun lalu sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid.

BACA: Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi PEMERKASA Plus

“Hari ini, dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan dan proses pengkreditan fasa satu akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai pada 10 September ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA: Bantuan Khas Untuk OKU Tidak Bekerja

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Pada 28 Jun lalu, kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Pemulih sebagai inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/589516

BACA JUGA: Permohonan Rumah Mampu Milik 2021 Dibuka
BACA: i-Citra KWSP: Permohonan Pengeluaran RM5,000 Bermula Ogos

COMMENTS