Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), ini cara memohon

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), ini cara memohon.Rakyat di Negeri Selangor yang berpendapatan rendah bakal menerima bantuan terbaharu daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

BINGKAS merupakan bantuan yang diumumkan Kerajaan Negeri Selangor dalam pembentangan belanjawan negeri pada 26 November 2021 bagi menggantikan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang akan ditamatkan pada 30 Jun 2022.

Bantuan ini dijangka akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Kerajaan negeri mensasarkan untuk menyalurkan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor yang berpendapatan rendah untuk menerima bantuan ini.

Jumlah Bantuan

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), ini cara memohon

Jumlah bantuan yang akan diterima penerima yang layak adalah RM300 setiap bulan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia.
Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah.
Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Pemegang Kad KISS
Bagi pemegang atau penerima kad KISS yang masih aktif, nama mereka akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022.

Mereka hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah sahaja dan pengaktifan akaun tersebut hanya boleh dilakukan pada bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi.

Selepas akaun BINGKAS mereka diaktifkan, mereka diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang https://www.bingkasselangor.com bagi membolehkan mereka mendapat terus menerima manfaat ini.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian atau telah hilang kelayakan, akaun mereka anda akan ditamatkan pada 1 September 2022

Langkah-langkah untuk mengaktifkan akaun boleh dirujuk melalui pautan berikut https://shorturl.at/amqwH.

Permohonan Baru

Untuk permohonan baru, permohonan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi secara online di laman web https://www.bingkasselangor.com.

Langkah-langkah untuk memohon boleh rujuk di pautan ini https://shorturl.at/EW069.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai BINGKAS, sila layari laman web https://www.bingkasselangor.com.

BACA:

Russian bina kilang bernilai RM70 bilion di Indonesia

Diskaun saman 50 peratus diperkenal PDRM, ini lokasinya

Gara-gara tegur hidung, Daiyan Trisha ‘block’ pengikut di media sosial