Bantuan Caruman RM163 Dalam SPS Prihatin Wanita

Bantuan Caruman RM163 Dalam SPS Prihatin Wanita

Bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri, mereka kini boleh memohon bantuan caruman di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) iaitu SPS Prihatin Wanita melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac yang lalu telah mengumumkan pelaksanaan SPS Prihatin Wanita dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dalam bentuk dana padanan 70%.

Pelaksanaan SPS Prihatin Wanita ini akan melibatkan usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri yang mana wanita dalam kategori ini kebiasaannya tidak mencarum di dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Permohonan Bantuan RM300 Sebulan BTB (Khas Untuk OKU Tidak Bekerja)

Oleh itu, bagi pemohon yang berminat, permohonan SPS Prihatin Wanita telah dibuka mula 1 April sehingga 31 Disember 2021.

 Caruman

Apakah Itu SPS Prihatin Wanita?

SPS Prihatin Wanita ialah caruman perlindungan SKSPSS kepada usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri melalui PERKESO.

Melalui bantuan SPS Prihatin Wanita, para usahawan wanita serta wanita bekerja sendiri akan menerima Pelan 2 SKSPSS berjumlah RM232.80 setahun yang mana kerajaan akan membayar sebanyak 70 % daripada caruman tersebut atau RM163.00

Oleh itu, mereka hanya perlu membayar RM69.80 setahun atau 30% sahaja untuk menikmati perlindungan tersebut.

Apakah Itu SKSPSS

Untuk makluman, SKPSS telah diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Selain itu, SKSPSS turut memberi perlindungan kepada pencarum daripada bencana pekerjaan termasuklah penyakit pekerjaan atau kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Pekerja yang mencarum SKSPSS layak menerima faedah tunai kepada diri sendiri dan tanggungannya selain menerima rawatan perubatan dan latihan vokasional.

Kadar caruman yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Pelan Pendapatan Bulanan Bayaran Caruman Bulanan Bayaran Caruman Setahun

Pelan 1 RM1,050                      RM13.10                                           RM157.20
Pelan 2 RM1,550                      RM19.40                                          RM232.80
Pelan 3 RM2,950                     RM36.90                                          RM442.80
Pelan 4 RM3,950                     RM49.40                                          RM592.80

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut dengan betul:

Layari matrix.perkeso.gov.my dan klik pada ‘Log masuk’.

Klik pada ‘Kali pertama? Daftar akaun MATRIX?’

Isikan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Seterusnya.’

OTP akan dihantar ke nombor telefon anda. Taipkan nombor OTP yang anda terima dan klik butang ‘Seterusnya’.

Mesej pendaftaran berjaya akan dipapar dan pautan verifikasi akan dihantar ke email anda.

Menerusi emel diterima, klik pada “disini” atau klik pada URL dibawah, pautan tersebut akan membawa anda ke laman sesawang iPERKESO untuk melengkapkan proses pengaktifan.

Sila isi Ungkapan Rahsia, Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan. Klik butang ‘Seterusnya’ dan anda telah berjaya mendaftar akaun MATRIX.

Masukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan dan klik pada butang ‘Seterusnya.’

Pastikan Ungkapan Rahsia betul dan masukkan Kata Laluan. Seterusnya klik pada ‘Log Masuk.’

Log Masuk ke sistem dan pilih Mod ‘Saya bekerja sendiri.’

Klik ‘Daftar’ di panel pendaftaran dan caruman. Untuk perbaharui caruman sila klik ‘Memperbaharui.’

Pilih sektor pekerjaan sendiri dan klik ‘Hantar.’

Isi maklumat diperlukan dan muat naik dokumen diperlukan.

Pilih pelan caruman dan tempoh caruman yang ingin dibayar. dan klik pada ‘Hantar & bayar.’

Pilih bank dan klik bayar dengan FPX.

Setelah bayaran berjaya dibuat, resit pembayaran caruman boleh dimuat turun.

Proses pendaftaran dan pembayaran kalibpertama selesai. Contoh resit pembayaran seperti dipaparkan di bawah.

Maklumat Lanjut :PEMERKASA PLUS Bantuan Sehingga RM1500

Bagi maklumat lanjut mengenai SPS Prihatin Wanita sila layari laman web rasmi https://www.perkeso.gov.my/ atau menghantar email ke [email protected]

BACA: i-Citra KWSP: Permohonan Pengeluaran RM5,000 Bermula Ogos

COMMENTS