Banjir lumpur di Hulu Langat di sebabkan kepala air

Banjir lumpur di Hulu Langat di sebabkan kepala air

Banjir lumpur di Hulu Langat di sebabkan kepala air.Banjir lumpur yang melanda Hulu Langat adalah disebabkan kepala air yang turun dari kawasan pergunungan sekitar kawasan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kepala air itu telah membawa longgokan sampah dan kayu-kayan sehingga sampai Batu 14, Sungai Lui dan kawasan sekitarnya.

Katanya, ekoran itu dari kawasan simpang Perpas hingga Kuala Klawang mempunyai 30 lokasi tanah runtuh.

“Yang pasti daripada maklumat yang diperolehi, saya tidak memaklumkan (punca disebabkan projek Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) ).

“Itu pandangan diterima dan saya akan rujuk kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sebab dikatakan beliau menyebut perkataan itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung banjir lumpur yang menenggelamkan beberapa lokasi di daerah Hulu Langat baru-baru ini dipercayai berpunca daripada EKVE selain faktor hujan lebat.

Amirudin memberitahu, beliau yang bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang semalam telah dimaklumkan kadar penurunan hujan di Raub, Pahang pada 18 Disember lalu mencecah 800mm.

“Jadi, Banjaran Titiwangsa telah menjadi penghadang dan selebihnya telah sampai ke Selangor seterusnya hujan dicatatkan di negeri ini antara 300 hingga 400mm.

“Justeru, takungan air di kawasan tersebut (pengunungan) telah mengalirkan di Hulu Langat sehingga menyebabkan banjir luar biasa dan sebahagian mengalirkan ke Kuala Langat serta turut melebatkan hujan yang besar di Klang yang merekodkan 400mm.

Itu dimaklumkan dan saya tidak tahu mengenai lebuh raya (EKVE) itu tetapi (banjir) lumpur dan sebagainya perlu dirujuk daripada pakar,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Amirudin mengakui kerja-kerja pembinaan satu tiang bagi satu lebuh raya telah mengakibatkan telah memotong satu ban di Kampung Asahan di Kuala Selangor.

“Ini menyebabkan banjir melimpah di kampung itu dan semenjak semalam dan hari ini, kita telah berjaya mengeluarkan banyak air di kampung berkenaan,” katanya

Baca :

Ebby Yus masuk hospital kemungkinan paru-paru pula mungkin ditebuk
Dari gerai ke jenjang pelamin “Dia makan char kuey teow saya saja”

COMMENTS