Banjir di Melaka di laporkan terus kritikal

Banjir di Melaka di laporkan terus kritikal

Banjir di Melaka di laporkan terus kritikal.Mangsa bencana banjir kilat di negeri ini meningkat kepada lebih 1,100 orang membabitkan ketiga-tiga daerah yang terjejas susulan cuaca hujan lebat berterusan, sejak kelmarin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 1,122 mangsa daripada 279 buah keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

 

Jelasnya, sebanyak 11 PPS telah dibuka secara berperingkat.

“Setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir kilat terus meningkat iaitu seramai 1,122 mangsa dengan 653 orang membabitkan daerah Alor Gajah, Melaka Tengah (437) dan Jasin (32).

“Kesemua penduduk ini adalah dari 19 kawasan yang terjejas teruk akibat bencana itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar tular di media sosial menunjukkan Kampung Morten di Melaka banjir.

Jelasnya, di Alor Gajah, kawasan yang terlibat adalah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau dan Kampung Telok Berembang.

Tambahnya, manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya dan Taman Datuk Tamby Chik Karim.

Ujarnya, tiga kawasan lagi adalah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya, Jasin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, trend bencana menunjukkan jumlah mangsa terjejas akan terus meningkat.

“Pagi ini pula Rumah Awam di Pantai Peringgit telah dinaiki air dan kita jangkakan jumlah mangsa akan terus meningkat sehingga petang ini,” katanya.

Muka Reda Suami Nak Sentuh, Tapi Ditepis Tangan Isteri Jadi Perhatian
Wanita dikecam bantu ‘Abang Viva’, tampil beri penjelasan

COMMENTS