Banjir di Baling terburuk, berlumpur teruk dan bawa kayu dari bukit

Banjir di Baling terburuk, berlumpur teruk dan bawa kayu dari bukit. Banjir yang melanda daerah ini dikatakan berlaku dalam tempoh amat singkat susulan hujan tanpa henti.

Seorang penduduk, Johari Abdul Latif, 50, dari Kampung Telok Durian, Kupang berkata, hujan melanda dianggap luar biasa lebatnya sehingga menyebabkan air sungai melimpah terlalu cepat.

Ketika hujan, beliau berada di rumah rakan di Kampung Bok yang terletak berhampiran sungai.

“Mulanya aliran sungai Lata Celak macam biasa, tapi tidak lama kemudian air semakin laju hingga menyebabkan lumpur melimpah ke rumah.

“Batang dan kayu pokok turut hanyut bersama, mungkin turun dari bukit berdekatan Lata Celak,” katanya.

Johari berkata, kawasan itu pernah dilanda banjir tetapi tidak seburuk yang berlaku hari ini.

Banjir di Baling terburuk, berlumpur teruk dan bawa kayu dari bukit

Katanya, keadaan itu turut menyebabkan ramai penduduk tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan harta benda.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang tadi, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir melanda beberapa kawasan di Mukim Kupang dan merosakkan sekurang-kurangnya 20 kediaman penduduk.

Kawasan dilaporkan terjejas teruk adalah Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas, selepas berlakunya limpahan sungai di kawasan berdekatan.

Sehingga lewat petang tadi, hujan masih berterusan di kawasan terbabit dan penduduk diminta terus berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

BACA:

Beli emas : Setelah diasak, ini jawapan Syamsul Yusof

Harga minyak sawit mentah akan terus susut hingga akhir tahun