Banduan sempat lolos Lima jam sahaja, berjaya ditahan semula

Banduan sempat lolos Lima jam sahaja, berjaya ditahan semula

Banduan sempat lolos Lima jam sahaja, berjaya ditahan semula.Seorang banduan dari salah sebuah Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) di Nilai di sini hanya sempat melarikan diri selama lebih kurang lima jam sebelum ditahan di sebuah stesen minyak di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pihak polis menerima laporan berhubung banduan berusia 29 tahun itu melarikan diri dari PRP tersebut pada pukul 12.54 tengah hari.

“Susulan daripada kejadian ini, polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai melancarkan satu operasi dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan untuk mengesannya di sekitar kawasan berhampiran.

“Pada pukul 5.15 petang iaitu lima jam selepas makluman awal diterima, pihak polis berjaya menahan banduan itu di sebuah stesen minyak yang terletak empat kilometer dari PRP tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Fazley, banduan itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2019 atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Dia kemudiannya ditempatkan PRP tersebut bagi tujuan pemulihan setelah menjalani hukuman penjara selama dua tahun di Penjara Kajang, Selangor,” katanya.

Beliau berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian membiarkan seseorang lari dari pengurungan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Baca juga :

Selepas 13 hari bersembunyi akhirnya Long Tiger berjaya diberkas 
Bekas isteri dakwa pelakon bawa lari anak-anak ‘Habis semua pakaian dia angkut’

COMMENTS