Baju pekerja restoran mamak bikin pelanggan terhibur. Cuba bayangkan, anda berjalan masuk ke kedai mamak dan disambut dengan ayat-ayat manis di belakang baju kerja mereka
Mesti boleh tersenyum seorang bukan? Tambahan lagi, kalau pickup lines tu memang kena dengan diri kita. Sampai berbunga hati.
Itulah yang terjadi apabila tular sebuah video di TikTok menunjukkan baju pekerja-pekerja Mamak yang menulis pickup lines di sebuah restoran di Ampang Jaya telah mencuit hati netizen.
Lihat video itu di bawah:
Ia mungkin salah satu pakaian kerja terbaik di luar sana
Menerusi video tersebut, seorang pengguna TikTok berkongsi baju yang dipakai oleh kesemua pekerja di situ yang menggunakan pickup lines dibelakangnya.
Beberapa barisan pickup lines dan kata-kata yang kelihatan di belakang baju pekerja ialah:
“You’ll always be my Best~Teh.”
“Oh telur..without you, I kosong.”
“Never a dhal moment at Fatimah.”
Malah, ramai yang memuji keunikan pakaian kerja itu kerana dapat menarik perhatian pelanggan.
@vernaeyyoo You’ll always be my best TEH 🥰 I kennot 😭 #fyp #mamak ♬ BIZCOCHITO – ROSALÍA
BACA:
Tiap pagi jiran beli Roti Canai, sedap ‘memang terbaik’ respon jiran
Tinggalkan dunia glamor, wanita ini kini penjual ayam di pasar