Baju menjolok mata, Kak KM tetap pertahan baju anak-anak

Baju menjolok mata, Kak KM tetap pertahan baju anak-anak. TAK sunyi daripada kontr0versi, nama usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM sentiasa menjadi bualan serta kecaman netizen.

Terbaharu, penampilan anak perempuannya mengayakan gaun putih dilihat menjolok mata mengundang rasa kurang senang netizen.

Bengang membaca komen negatif itu, Kak KM memberitahu pakaian dipakai anak sulungnya iaitu Nabila Razman tidaklah keterlaluan seperti diperkatakan orang ramai.

“Waktu kahwin dulu-dulu dah pakai kebaya jadi sekarang bila sambut anniversary rasa macam nak pakai dress pula.

“Bagi saya pakaian yang anak pakai hari itu biasa sahaja sebab memang jenis dress. Cuma waktu itu kak KM pakai rantai jadi boleh tutup bahagian dada, tetapi anak pula tak pakai.

Baju menjolok mata, Kak KM tetap pertahan baju anak-anak

“Suka hati mereka nak cakap apa. Kalau Nabila dan Rania pakai elok pun orang tetap bercakap,” katanya

Video majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ke-20 yang dimuat naik oleh Kak KM menerusi Instagram baru-baru ini menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sementara itu, Kak KM memberitahu bahawa tindakan netizen yang sentiasa mencari salah itu sedikit sebanyak membantu mengembangkan lagi perniagaannya.

“Terima kasih kepada netizen sebab viral lagi. Bagi Kak KM itu mungkin satu marketing sebab Kak KM memang suka viral.

“Sebab kalau tiada netizen yang bercakap fasal Kak KM, saya tak akan berada sampai tahap ini,” ujarnya.

Meskipun dikecam teruk, rata-rata pengikut memuji cara Kak KM menguruskan rumah tangga.

Lebih-lebih lagi melihat Kak KM melayan suami serta anak-anaknya dengan begitu baik selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

“Keluarga bahagia. Suka tengok ikatan kak KM dan keluarga. InshaAllah semoga terbuka hati untuk lebih menjaga aurat dan sopan selepas ini. Moga yang baik-baik untuk kita semua.

“Seorang yang baik pada keluarga. Seronok tengok keluarga Kak KM,” komen netizen.

BACA:

Wanita tak sangka dapat ayah tiri lebih muda dari dirinya

Ini video bukti kad merah Azam Azmi adalah tak sah

Isteri kena dakwa sebab belasah suami, puncanya buat ramai terkejut