Bajet untuk rakyat berkurang, bajet propaganda meningkat – Lokman

Bajet untuk rakyat berkurang, bajet propaganda meningkat – Lokman

Dulu Dr Afif antara yang lantang minta JASA ditutup, malah beliau mempertikai gaji yang dibayar kepada saya dan Tun Faisal sebagai Panel Pemikir JASA.

Masa tu bajet untuk JASA setiap tahun hanya 1/4 dari apa yang diluluskan kepada JASA yang kini khabarnya bakal dipimpin oleh orang kanan Azmin Ali, Dr Afif Bahardin ini.

Nampak sangat Bajet 2021 ni mengutamakan Kroni Azmin. Dulu jasa ada 1400 lebih kakitangan, patutlah dapat sampai 20 juta. Sekarang kakitangan JASA bawah Dr Afif ni hanya ada 60 orang.

Frontlinerspun dapat RM 62 juta setiap 10,000 kakitangan.

Adakah peruntukkan sebesar itu untuk tugas besar membersihkan nama Azmin sebagai Tokoh Semburit Negara? Apa kejadahnya ini? Kenapa bajet untuk propaganda perlu sebesar itu, manakala bajet untuk keperluan rakyat dikurangkan.

Zaman Dato Sri Najib, BR1M 2017 kerajaan peruntukkan RM6.8 billion untuk 7.2 juta keluarga.

Masa tu takde pun Covid dan rakyat tak sengsara macam sekarang.

Sekarang, time Covid, hanya RM6.5 billion diperuntukkan untuk 8.1 juta keluarga. Jauh lebih rendah dari Zaman Najib. Patutlah Rakyat #RinduZaman Najib

Sumber :

COMMENTS