Baby Shima bengang, Ustaz – Ustazah membisu konsert di Kelantan

Baby Shima bengang, Ustaz – Ustazah membisu konsert di Kelantan. Perkongsian Baby Shima di Insta Story menjadi perhatian apabila meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendakwah bebas di media sosial yang berdiam diri tentang pengajuran sebuah konsert di negeri Kelantan.

Menerusi entri itu, Baby Shima mempersoalkan tindakan para pendakwah yang tidak bersuara mengenai konsert yang berlangsung selama tiga hari itu.

Baby Shima turut mengatakan sebelum ini ada pendakwah yang mahu melakukan demo besar-besaran untuk membantah konsert yang diadakan di Malaysia.

Baby Shima bengang, Ustaz - Ustazah membisu konsert di Kelantan

Dalam satu perkongsian, Baby Shima turut memetik nama Pengurusi Lajnah PAS, Kartini Ahmad yang sebelum ini menegur persembahannya telah menjatuhkan maruah diri serta mencemar kesucian agama Islam.

“Senyap je Pengurusi Lajnah PAS ni, kalau shima laju je bersuara,” tulis Shima.

Dalam pada itu, Baby Shima turut mempertikaikan tindakan pendakwah PU Syed yang didakwa tidak adil kerana membantah konsertnya tetapi hanya berdiam terhadap konsert di Kelantan itu.

“Yang kat Kelantan tak nak bersuara ke. Bagitau kat penguasa, pbt, jabatan agama Kelantan, seperti mana yang awak tulis tentang konsert kita tu.

“Tak aci konsert kita je berkali-kali awak menyalak..konsert dekat Kelantan senyap pula, sebab kat Kelantan ke semua senyap? Bukan ke awak kata konsert haram, amboi isu terpilih ke je berani,” tulisnya.

BACA:

Kerajaan pusat tiada kuasa halang konsert di Kelantan

Wanita bawa tong gas seberang jalan bikin cemas

Kad Kredit patuh syariah ini bakal mengancam produk bank konvensional