Azza Elite mohon segera laksana lockdown penuh

Azza Elite mohon segera laksana lockdown penuh

Penyanyi dan pelakon Azza Elite merayu kerajaan agar segera melaksanakan lockdown penuh ekoran peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.

Azza menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya sebentar tadi dilihat menangis teresak-esak sambil menyeru pihak kerajaan agar segera bertindak.

“Hari ini (covid) dah melalui udara pulak. Tolonglah kerajaaan bagilah lockdown.

“Korang (kerajaan) nak berapa ramai lagi rakyat kita mati. Korang nak fronliner (barisan hadapan) buat macam mana lagi. Tolonglah lockdown,” rintihnya.

Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari turut mengingatkan semua agar terus kekal duduk di rumah tanpa keluar kemana-mana jika tiada sebarang urusan penting di luar.

Pada hantaran sama, Azza turut mengakui dia sudah mula mengalami masalah anxiety atau kerisauan melampau rentetan peningkatan kes harian Covid-19 yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk turun.

“Selagi kerajaan tak laksanakan lockdown penuh, kami ada yang kena pergi kerja. Tolonglah faham.

“Kalau kerajaan buat lockdown sekurang-kurangnya kami duduk di rumah tidak jumpa orang. Tolonglah untuk dua atau tiga minggu sahaja,” tulisnya.

Terdahulu, kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan mendadak sejak Mac lalu hingga merekodkan 7,289 pada hari ini sekali gus merupakan kes tertinggi sepanjang pandemik membadai negara sejak tahun lalu

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/05/25/menangis-teresak-esak-azza-mohon-segera-laksana-lockdown-penuh/

COMMENTS