Panas!!! Azmin kena “sekolah ” dengan ginie lim

Panas!!! Azmin kena “sekolah ” dengan ginie lim

Saya membaca daripada media kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali yang mendakwa saya digugurkan konon kerana menyokong beliau.

Jelas Perikatan Nasional sudah kehabisan modal politik dan wajib ditolak apabila cuba mengalihkan fokus daripada isu rakyat.

Kesetiaan seorang aktivis Reformis adalah pada prinsip perjuangan parti, bukan kepada individu. Saya menolak dengan tegasnya tindakan “Langkah Sheraton” kerana bersekongkol dengan kuasa kleptokrat dan perasuah yang telahpun ditolak oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum.

Meskipun Azmin pernah menjadi Timbalan Presiden KEADILAN, namun amat menyedihkan bagi seorang yang kononnya memperjuangkan politik pelbagai kaum dan melawan rasuah lebih 20 tahun tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada acuan parti perkauman dan perasuah.

Adalah lebih baik Azmin menyedari partinya Parti Pribumi Bersatu tidak lagi relevan untuk masa depan tanahair kita. Sepatutnya beliau kembali ke halatuju yang betul daripada membiarkan dirinya terus menjadi alat perasuah.

Walaupun saya tidak bertanding dalam Pilihanraya Negeri Melaka kali ini, saya tetap komited dengan agenda perjuangan PH, serta menyumbangkan tenaga dan idea dalam politik tanahair di bawah pimpinan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya meminta agar semua pengundi Melaka mengambil pendirian yang tegas, demi kemajuan dan keharmonian negeri kesayangan kita. Tolong keluar mengundi pada 20 Nov untuk kembalikan pentadbiran kerajaan yang stabil dan prihatin.

Pertahankan mandat rakyat sepertimana dalam Pilihan Raya Umum 2018. Itulah hasrat kita.

Sumber:

BACA: Detik ‘seriau’ Penunggang Motosikal Terperangkap , Nyaris Digilis Kereta Api

COMMENTS